Kini rakyat ternanti-nanti penjelasan Najib, berapa pula jumlah wang tunai yang ada . Maknanya berapa banyak harta duit tunai Felda ada. Jangan kira semua bangunan dan pejabat Felda seluruh Malaysia termasuk pokok dan batang sawit. Kita nak tahu jumlah wangnya, bukan jumlah Kontena PNF , Kedai Mara dan lain-lain tu. Sila jelaskan..
PAS mahu Suruhanjaya Diraja siasat Felda
| Hazayani Zakaria |
| KUALA LUMPUR, 14 Dis: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub akan menghantar memorandum kepada Majlis Raja-Raja memohon satu jawatankuasa bebas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dalam Felda.
Tambahnya, memorandum itu akan dihantar dalam masa terdekat ini agar tindakan segera dapat diambil berhubung isu ini. Sebelum ini Najib menuduh pihak yang mendakwa Felda bankrap sebagai pengkhianat bangsa. |
"Saya atas kapasiti ahli parlimen akan menghantar memorandum kepada Majlis Raja-Raja memohon satu jawatankuasa bebas ditubuhkan bagi menyiasat segala penyelewengan yang didakwa berlaku dalam Felda," kata ahli Parlimen Kubang Kerian itu dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
No comments:
Post a Comment