Kini kerajaan dan pimpinan kerajaan termasuk mantan PM yang bersara. Nampak beria-ria menggunakan dan menyabitkan nama Lim Kuan Yew menteri kanan Singapura dalam kes Liwat II Anwar yang dihujahi sebagai benar.
Kali ini kenapa dan mengapa kerajaan berubah sikap dan kelaku. Sebabnya mudah kerana ia menguntungkan dipihaknya.
Kerajaan akan marah dan nafikan jika laporan yang dibuat itu tidak menguntungkan pihaknya. Inilah politik namanya. Segala peluang dan ruang akan digunakan kesempatan itu bagi meraih simpati dan sokongan serta kepercayaan masyarakat.
Moral ceritanya kita jangan mudah percaya terhadap sesuatu. Jika kita percayai laporan luar maka letihlah kita ?
Kuan Yew tahu kisah Anwar
KUALA LUMPUR 13 Dis. - Aktiviti liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya sudah diketahui umum tetapi ada kalangan parti politik yang 'buat- buat tidak tahu' akan hal tersebut.
Sambil mengakui yakin Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew mengetahui mengenai pembabitan Anwar dalam aktiviti liwat, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata:
"Memang saya pun fikir dia tahu... Tapi parti politik yang buat tak tahu," katanya ketika diminta mengulas laporan WikiLeaks mengenai pendedahan agensi perisikan Singapura terhadap kegiatan liwat Anwar.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan syarahan bertajuk Globalizing Malaysians in 2020 di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi, dekat sini, hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan agensi perisikan republik itu mengesahkan aktiviti liwat Anwar berdasarkan bukti risikan teknikal agensi tersebut yang dipercayai melalui pintasan talian komunikasi negara.
Pendedahan itu dibuat oleh laman web tersebut berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008.
Bagaimanapun, Dr. Mahathir berkata, sama ada Ketua Pembangkang itu bersalah atau tidak, ia terpulang kepada sistem kehakiman negara.
Sementara itu, ketika ditemui pemberita selepas melancarkan cawangan terbaru The Loaf di Bangsar Village II di sini, Dr. Mahathir yang ditanya mengenai diplomat republik itu mengutuk Malaysia sebagai antara negara Asia yang korup, tidak cekap dan bodoh, berkata, diplomat republik itu terlalu terikat dengan pandangan Kuan Yew.
"Kita juga mempunyai pandangan tersendiri mengenai mereka. Kita rasa mereka terlalu rigid sehingga tidak boleh melihat selain daripada apa yang Kuan Yew katakan," katanya.
No comments:
Post a Comment