Wednesday, December 08, 2010

Banjir : Di manakah wakil rakyat Umno BN dan kerajaan Umno Pahang


Apabila baginda Sultan lebih perihatin daripada seorang MB. Bayangkan pertama kali dalam sejarah bawah negeri kaya , negeri datangnya PM terhebat. Negeri yang menyudahkan perkataan RAHMAN sebagai PM Malaysia.

Sultan meminta kerajaan negeri agar bantuan kepada mangsa banjir yang diperuntukkan puluhan tahun dulu RM8 dinaikkan kepada RM15 bagi satu kepala mangsa.

Dan lebih memalukan lagi baginda mohon kerajaan percepatkan pembinaan 3 jambatan utama yang sering terputus di Sg Lembing setiap kali berlaku banjir di negeri ini.

Di mana wakil rakyat yang mewakili rakyat sehingga baginda tuanku sendiri terpaksa bercakap sedemikian rupa. Cuba kita bayangkan maksud tersirat apa yang diminta oleh sultan dan bagaimana kerajaan negeri kedudukan dalam hal ini.

Pahang mempunyai 42 orang Adun dan ada 14 wakil MP yang mewakili rakyat. Khasnya di Parlimen berkenaan tanggungjawab siapa adakah bawah Fauziah Salleh atau bawah Indera Mahkota, Inilah yang kita cuba tanyakan ?

Tetapi yang cukup memalukan Pahang adalah bawah Umno Bn, maka menjadi tanggungjawab kerajaan yang ada mereka lah yang bertanggungjawab. Merekalah yang mengendalikan segala-galanya. Segala-gala mereka yang kendalikan.



Sultan Pahang Minta Bajet Makanan Mangsa Banjir Dinaikkan

KUANTAN: Di atas keprihatinan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah terhadap rakyat baginda yang terlibat dengan bencana banjir setiap tahun, baginda telah memohon jasa baik kerajaan persekutuan supaya menaikkan bajet makanan harian mangsa banjir di negeri baginda.

Menurut baginda, perkara itu telah dipersetujui oleh kerajaan persekutuan dengan menambah bajet tersebut pada tahun ini kepada RM15 sehari berbanding RM8 untuk setiap mangsa pada tahun-tahun sebelum ini.

"Tahun lepas (bajet) setiap seorang adalah RM8 dan tahun ini saya merayu kepada kerajaan persekutuan supaya setiap mangsa diberikan RM15, kerana saya tahu kesulitan yang dihadapi oleh rakyat saya setiap kali berlakunya banjir.

"Mereka kehilangan rumah, harta benda, tanaman, hilang segala-galanya termasuk nyawa," titah baginda kepada pemberita selepas menghadiri taklimat persediaan menghadapi banjir di Pahang di Wisma Sri Pahang di sini pada Rabu.

Baginda bertitah Pahang sudah bersedia sepenuhnya dari semua aspek dalam menghadapi bencana berkenaan yang dijangka berlaku pada bila-bila masa.

"Bekalan makanan awal-awal lagi sudah disediakan di pangkalan utama di setiap daerah yang dijangka terlibat, manakala pengangkutan udara dan darat termasuk kekuatan anggota-anggota keselamatan juga bersedia sepenuhnya untuk membantu mangsa banjir nanti," titah baginda.

Sultan Ahmad Shah bertitah sebanyak sembilan buah helikopter disediakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia untuk membawa bekalan makanan ke lokasi terjejas serta membantu mangsa yang memerlukan bantuan.

Mengenai aspek bantuan perubatan, baginda bertitah baginda telah meminta supaya seorang lagi doktor dihantar ke Pulau Tioman memandangkan hanya ada seorang sahaja doktor yang sedang berkhidmat di sana, manakala bekalan makanan telah dihantar ke pulau berkenaan lebih awal memandangkan jaraknya yang jauh dan dipisahkan dengan laut.

Baginda juga bertitah cuti kaki tangan awam dan negeri serta anggota keselelamatan yang terlibat pula dibekukan bermula 15 Dis ini sehingga 15 Jan depan.

Baginda akan turut memohon peruntukan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW) untuk membina tiga buah jambatan konkrit yang kesemuanya bernilai RM20 juta di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Lembing bagi mengatasi masalah pengangkutan penduduk di situ untuk berhubung ketika banjir.

"Jabatan Kerja Raya bercadang membina tiga buah jambatan di kawasan itu kerana jambatan kayu yang dibina selalu dihanyutkan air setiap kali berlakunya banjir dan untuk itu saya tulis surat kepada Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri KKLBW) sebaik saya dapat maklumat tentang perkara ini," titah baginda.

Pada Selasa, arus deras Sungai Lembing akibat hujan lebat telah menghanyutkan sebuah jambatan kayu di Kampung Kawah buat kali kesepuluh menyebabkan urusan harian 100 penduduk kampung itu terjejas.

Jambatan baru dijangka siap dalam tempoh 10 hari lagi. - BERNAMA

1 comment:

arop said...

BILE NAK BUAT JAMBATAN TUUUU...? KESIAN ORG KG NAK BAWAK KELUAR HASIL PERTANIAN DIA ORANG... REPAIR LA DULU JAMBATAN YG ADE TU...NAK TUNGGU JAMBATAN JUTA-JUTA TAH BILE...