Wednesday, December 08, 2010

Rasuah Khir Toyo : Sandiwara Umno Bn memeranginya ?

Salah tetap salah. Bagi sistem pengadilan Malaysia dan Barat, seseorang tidak didapati bersalah sebelum mahkamah memutuskan ia bersalah. Ini adalah pegangan sistem keadilan Barat. Bagi Islam kesalahan jauh berbeda.

Bagi kita dalam hukuman adat, orang Melayu ada perasaan malu. Dalam istilah moden ialah isu moral. Manakala dalam Islam digelar akhlak. Justeru itu, seseorang itu mesti ada sedikit rasa dalam diri rasa etika moral yang dipegang. Bagi masyarakat Jepun rasa malu kerana moral atau akhlak , amalannya mereka letak jawatan atau lebih jauh lagi membunuh diri melalui sistem KAMIKAZI.

Kamikazi atau bunuh diri adalah lebih mulia. hari ini di Malaysia mantan MB Selangor Khir Toyo bertindak meletakkan jawatan sebagai ketua Pembangkang sahaja, tidak sebagai wakil rakyat. Sebab beliau memiliki 2 lot tanah di Shah Alam. Dengan nilai suapan RM6.5 juta, namun beliau membeli dengan harga RM3.5juta. Maknanya tidak seperti aduan ADUN DAP kepada SPRM bernilai RM24 juta.

Bagi kita kita kesian dengan Khir Toyo kerana giliran beliau dijadikan mangsa lakonan Umno Bn, bagi mengabui mata rakyat. Kerajaan Umno Bn seolah-olah nampak tegas memerangi rasuah dan salah laku siapa sahaja. Selepas tindakan pendakwaan ke atas mantan Presiden MCA Ling Liong Sik kerana menipu kerajaan Malaysia tentang PKFZ yang berbillion ringgit itu.

Penulis teringat kata-kata almarhum Ust Fadzil Noor mantan Presiden PAS dalam mengulas isu kes Al Maunah di Bukit Jenalik Perak. Bahawa kerajaan bersandiwara dalam kes memerangi kumpulan pengganas.

Bagi penulis ini lagi satu episod sandiwara Umno Bn, zaman Najib Rosmah selaku PM Malaysia.


Khir Toyo Sah Letak Jawatan; AG Perjelas Kenapa Wang Jaminan Tinggi...

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pada Rabu mengesahkan perletakan jawatannya sebagai ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri dalam sepucuk surat yang difakskan ke pejabat Speaker, Teng Chang Khim.

Surat perletakan jawatan itu dikirimkan ke pejabat Teng pada lebih kurang jam 11.20 pagi tadi. Salinan yang sama dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Badan perhubungan Ummno Selangor.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan kepada para wartawan bahawa pihak pendakwa raya meletakkan nilai jaminan yang tinggi ke atas Khir kerana beliau adalah seorang yang ada kedudukan dalam masyarakat.

"Beliau adalah seorang yang ada kedudukan dalam masyarakat dan menyandang jawatan yang tinggi dalam institusi sebab itulah pihak pendakwa meletakkan jumlah yang tinggi sebagai wang jaminan dalam kes beliau," kata Gani kepada para wartawan ketika ditemui selepas perbicaraan kes Tun Dr Ling Liong Sik, Rabu.

Ketika Khir didakwa di mahkamah Isnin lalu, pihak pendakwa raya telah memohon mahkamah mengenakan RM1 juta sebagai wang jaminan.

Bagaimanapun setelah mendengar hujah daripada pihak pembelaan, Mahkamah Sesyen Shah Alam membebaskan Khir dengan wang jaminan sebanyak RM750,000.

Khir, 45, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sg Panjang telah didakwa membeli dua plot tanah di Seksyen 7 Shah Alam untuk membina sebuah banglo daripada Ditamas Sdn Bhd pada tahun 2007 pada harga RM3.5 juta iaitu di bawah paras harga pasaran atau semasa sedangkan Ditamas dikatakan telah membeli tanah tersebut pada harga RM6.5 juta pada Disember 2004.

Khir berhadapan dengan kemungkinan dijatuhkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda jika didapati bersalah.


No comments: