Friday, December 10, 2010

Saman Balak: Serupa tapi tidak sama, tidak sama tetapi serupa

Beda dan apa yang membedakan dua dalam satu antaranya. Dua kes yang sama pada 10/5/2005 dan 9/12/2010.

Isunya adalah kes saman balak oleh syarikat balak bumiputera terhadap dua buah kerajaan di Malaysia. Satu kes berlaku tahun 2005 adalah kerajaan negeri Pahang DM kes saman balak oleh SGM yang akhir menang dengan nilai saman RM63 juta. Dengan keluasan sebanyak 10,000 ekar milik Umno Pahang katanya.

Dan di Terengganu saman oleh Riyapadu menyaman kerajaan waktu itu zaman pemerintahan PAS katanyan dengan nilai RM1 billion akhir menang. Keluasan kawasan pembalakan 16 ribu ekar lebih, milik kerajaan katanya.

Bedanya di atas adalah cuai Umno Pahang. Di bawah cuai kerajaan negeri. Kes pertama cuai penasihat undang-undang Umno. Maknanya peguam Umno yang mahu ISA kan DS Wan Azizah kerana kes Ketuanan Melayu tu gagal buat kerja.

Kes di Terengganu tepisan Penasihat Undang-Undang Negeri tidak cukup kuat. Gagal berhujah mempertahankan kepentingan kerajaan negeri. Di Pahang peguam Umno gagal pertahankan hujah Umno pertahankan tanah kawasan balak tanah Umno.

Apa pun kita dapat berfikir, membuat firasat bersama-sama bagaimana sistem kehakiman negara ini. Boleh dipersoalkan atau boleh diragui. Dan makenisma pembayaran kerajaan negeri terhadap syarikat yang menang kes juga boleh diragui.

Inilah yang penulis ingin tunjukkan bedanya dan apa yang membedakan antara kedua-dua kes di bawah. Sama tetapi tidak serupa, serupa tetapi tidak sama.



BERITA 1
9/12/2010

Kerajaan Pas cuai disaman RM1b

KUALA TERENGGANU 9 Dis. – Akibat kecuaian dan mungkir janji kerajaan Terengganu pimpinan Pas pada tahun 2003, kerajaan negeri perlu membayar tuntutan saman RM1 bilion kepada sebuah syarikat pembalakan, Riyapadu Sdn. Bhd. (Riyapadu).

Keputusan yang memihak kepada syarikat berkenaan dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Abdul Rahim Muda dalam penghakiman 27 Oktober lalu.

Pengarah Riyapadu, Ally Azwin Datuk Abdul Hamid berkata, keputusan penghakiman berkenaan telah membuktikan ‘kezaliman’ yang dilakukan kerajaan Terengganu pimpinan Pas pada tahun 2003.

“Alhamdulillah Allah telah berikan keadilan pada hari ini, kami bersyukur,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Menurut Ally Azwin, berdasarkan penghakiman itu, pihaknya yakin berjaya memperoleh bayaran RM1 bilion seperti mana yang dituntut berhubung kecuaian dan mungkir janji kerajaan negeri ketika itu berkaitan konsesi pembalakan di Empangan Kedua Hulu Terengganu.

Ally Azwain berkata, mahkamah dalam keputusannya memerintahkan defendan (kerajaan Terengganu) mengembalikan wang RM25 juta yang telah dijelaskan oleh plaintif (Riyapadu) pada 2003 bagi bayaran premium konsesi balak di kawasan seluas 16,587 hektar.

Katanya, mahkamah juga memerintahkan bayaran faedah RM7.55 juta pada kadar faedah empat peratus setahun manakala baki deposit bagi bayaran lesen dan cukai balak pula sebanyak RM166,432.86 yang dibayar kepada plaintif.

“Hakim juga putuskan plaintif berhak dapat bayaran keuntungan hasil kawasan balak seluas 1,200 ekar (486 hektar) yang merupakan sebahagian daripada keseluruhan konsesi yang diserahkan kepada Riyapadu,” katanya.

Pada Disember 2007 lalu, Riyapadu memfailkan saman RM1 bilion terhadap kerajaan negeri berikutan tindakan menamatkan perjanjian konsesi balak dengan syarikat itu.

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi di sini selepas syarikat tersebut mendakwa perjanjian konsesi mengambil hasil hutan pada 2003 itu ditamatkan secara tidak sah.

Ia membabitkan perjanjian antara syarikat tersebut dengan kerajaan negeri untuk mengambil hasil hutan di kawasan kira-kira seluas 16,587 hektar di Mukim Tembat dan Petuang, Hulu Terengganu.

Mengulas lanjut, Ally Azwin berkata, keputusan mahkamah tersebut juga mendedahkan kecuaian kerajaan Pas Terengganu ketika itu yang bertindak menamatkan kontrak selain menarik balik lesen sesudah perjanjian dibuat.

“Kerajaan Pas ketika itu bukan saja mungkir janji malah telah melakukan pembohongan dan penyelewengan fakta terhadap sebuah syarikat bumiputera,’’ katanya.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said semasa diminta mengulas keputusan mahkamah itu berkata, kerajaan negeri telah mengemukakan rayuan memandangkan mereka perlu bertanggungjawab melunaskan tuntutan tersebut.


BERITA 2

10/5/2005
ARKIB : 10/05/2005

Suria Gemilang Makmur gugurkan saman terhadap kerajaan Pahang, UMNO

KUALA LUMPUR 9 Mei - Syarikat pembalakan Suria Gemilang Makmur Sdn. Bhd. (SGM) menggugurkan kes saman terhadap Kerajaan Negeri Pahang dan Badan Perhubungan UMNO negeri itu kerana dua pihak tersebut tidak mempunyai kepentingan dalam kawasan pembalakan yang menjadi kontroversi sebelum ini.

Pengumuman mengenainya dibuat oleh Pengarah Urusan SGM, Syed Ali Badarudin Syed Osman, pada satu sidang akhbar, di sini, hari ini.

Katanya, masalah kawasan pembalakan yang menjadi modal politik pembangkang menjelang pilihan raya umum lepas sebenarnya berpunca daripada kekeliruan aspek teknikal penyediaan pelan dan ukuran tanah yang melibatkan Jabatan Perhutanan Pahang sahaja.

Sehubungan itu jelasnya, SGM akan mengadakan rundingan dengan pengarah jabatan itu dan berharap masalahnya akan diberi pertimbangan yang sewajarnya.

``Justeru tidak wajarlah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dilibatkan dalam kes mahkamah kerana beliau mempunyai tugas berat lain untuk mentadbir negeri.

``Beliau dan UMNO Pahang juga tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam kawasan pembalakan itu dan saya berharap ia tidak lagi dibangkitkan oleh mana-mana pihak,'' katanya.

SGM sebelum ini memfailkan tuntutan ganti rugi berjumlah RM31 juta apabila hanya berpeluang mengeluarkan kira-kira 30 peratus hasil balak dari tanah milik UMNO Pahang yang berkeluasan 10,000 ekar di Lot PT 6959, Mukim Bebar di Nenasi, Pekan.

Tuntutan itu dibuat apabila Jabatan Perhutanan Pahang enggan meluluskan lesen pembalakan kepada SGM.

Jelas Syed Ali, masalah teknikal seumpama itu biasa berlaku di mana-mana negeri dan berharap perbincangan dengan jabatan itu akan menghasilkan keputusan yang positif dalam masa yang singkat.

Menurutnya, SGM akan mengarahkan peguam syarikat agar menghantar notis pemberhentian kes di Mahkamah Tinggi Kuantan dalam masa terdekat.

Ketika ditanya kenapa keputusan menghentikan kes saman itu lambat dilakukan, beliau menjelaskan sebelum ini tiada pihak berkuasa yang membuat penyiasatan terperinci mengenainya.

``Saya dipanggil untuk menyertai sesi siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) selama empat hari setengah kira-kira dua bulan selepas Adnan membuat laporan polis mengenainya pada awal Januari 2004.

``Selepas melalui sesi itu, saya membuat kesimpulan sendiri bahawa masalah itu hanya melibatkan dua pihak sahaja iaitu SGM dan Jabatan Perhutanan Pahang,'' ujarnya.

Beliau memberitahu, isu itu hanya disebabkan oleh pertelingkahan sempadan kawasan konsesi balak apabila ukuran yang dibuat oleh Jabatan Perhutanan didapati tidak sama dengan ukuran juru ukur berlesen.

Katanya, berdasarkan peruntukkan undang-undang, ukuran jabatan itu tidak boleh digunakan ke atas kawasan pembalakan itu yang telah menjadi tanah milik UMNO Pahang.

``Sebagai tanah milik, ukurannya perlu dibuat oleh juru ukur berlesen sebagaimana yang dilakukan oleh UMNO Pahang.

``Bagaimanapun, pada masa ini, SGM tidak berniat untuk memfailkan tuntutan di mahkamah terhadap Jabatan Perhutanan Pahang kerana percaya kesilapan teknikal itu boleh diselesaikan melalui rundingan,'' tegasnya.

No comments: