Thursday, December 16, 2010

100 Guru Degil: Apa motif pemberitaan ini ?

Kenapa sampai 100 orang guru enggan berpindah, apabila di arahkan berpindah. Kes ini dikatakan berlaku di Selangor, bagaimana dengan kes guru yang enggan berpindah di negeri-negeri lain. Ataupun bagaimana dengan guru-guru yang dipindahkan di negeri-negeri lain sebelum atau tahun tahun belakangan ini.

Kedegilan dan keengganan 100 orang guru Selangor yang enggan berpindah ini di besarkan dan dijadikan beritakan. Apakah motif dan perkara tersirat yang cuba dipaparkan oleh pentadbiran kerajaan Malaysia kini.

Dan juga bagaimana dengan rata-rata jabatan atau kementerian yang mengambil anak pinak saudara mara serta kroni-kroni terdekat untuk bertugas walaupun dari segi kelayakan mereka berbanding dengan calon-calon memohon ke jawatan berkenaan jauh lebih baik dari semua segi dan aspek. Inilah namanya dunia.

Kita bersetuju agara 100 orang guru yang engkar itu jangan didewa-dewakan sebagai hero. Tetapi kemusykilan dan kecurigaan kita kenapa dan mengapa ia kini baru mahu dilaporkan dipihak keenggan guru-guru berkenaan.

Sebaliknya bagaimana dengan janji-janji kerajaan mahu memberi galakan itu dan ini kepada para guru yang telah sedang dan akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Semalam dalam rancangan Bual Bicara apa kata dua tokoh pendidikan negara bersama Nazri Kahar dalam Astro berkenaan hal keguruan dan sistem pendidikan negara yang mahu dicapai.



100 guru enggan pindah

16/12/2010 2:08pm

KUALA LUMPUR - Seramai 100 orang guru di Selangor yang terlibat dalam penyusunan semula tidak mahu berpindah ke daerah lain, kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan.

Mereka terdiri 84 guru opsyen Bahasa Inggeris dan 16 orang guru opsyen Bahasa Melayu yang digerakkan dari satu daerah ke daerah yang lain, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, faktor-faktor berlakunya penyusunan semula itu adalah kerana kekurangan guru Bahasa Inggeris di kawasan luar bandar berikutan pelaksanaan Program Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBM MBI) untuk guru-guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Dan Menengah 2009–2010.

Hashim berkata, berdasarkan pengalaman beliau, tindakan menukar guru berkenaan akan menimbulkan lebih banyak masalah daripada menyelesaikan masalah sedia ada.

Katanya, kementerian perlu mengambil kira faktor usia, penyakit serta masalah keluarga dalam menimbang rayuan oleh kesemua 100 guru yang diarah pindah daerah. - Bernama


No comments: