Thursday, December 16, 2010

Larangan & Akta: Artis Pun Nyahkan Pandangan Timb. Menteri

Apabila seorang celebrti atau artis meremehkan undang-undang dan peratuaran yang dibuat oleh kerajaan. Isunya Ahmad Idham menyahsampahkan pandangan kerajaan mahu sebarang penglibatan kanak-kanak dalam industri perfileman hendaklah mereka ini mendapat keizinan dan kebenaran daripada Ketua Pengarah Jabatan tenaga Kerja (KPJTK). Maknanya walaupun ibubapa pelakon kanak-kanak itu memberi kebenaran, ia belum cukup ia mestilah 'halal' bilamana dapat kelulusan daripada Jabatan Tenaga Kerja.

Inilah Malaysia. Penulis bukanlah bersetuju dengan penglibatan kanak-kanak sebagai pelakon sepenuhnya. tetapi penulis ingin bangkitkan dari sudut lain. iaitu kawalan ala ISA kini menjalar dalam dunia perfileman negara kita. Maknanya para produser dan pengarah kini tidak lagi bebas berkarya mereka terikat dengan apa yang diikatkan oleh kerajaan. Maknanya kerajaan bukan sahaja mencengkam dan menunjukkan kuasanya dalam banyak hal, tetapi dalam industri filem pun kerajaan mula menunjukkan taringnya.

Artis dan setengah artis mula dan sudah sedar tentang kawalan sepenuhnya itu. Dan ada arti yang kurang sedar.

Macamlah malam kelmarin dalam rancangan Bual Bicara Forum di TV yang membincangkan tentang Pendidikan Seks Yang Mahu Diperkenalkan Sangat Oleh Kerajaan. Penulis tertarik dengan hujah-hujah oleh Dr Halina Siraj seorang aktivis Ssosial Remaja Yang punyai banyak pengalaman dalam soal urus tadbir hal-hal keterlanjuran seks luar nikah. Pandangan beliau mantap dan bernas berbanding dengan Timb. menteri Pelajaran Dr Puad yang terkial-kial memperkatakan sesuatu yang dia sendiri kuarng jelas dan kurang berkeyakinan terhadap apa yang diperbahasakan.

Dan lebih menghampaskan pandangan dan pendiriaan seorang Prog Kangkung dalam Program itu yang menyetujui dan menyokong membabi buta dan membuta tuli terhadap usaha-usaha kerajaan yang semakin mahu memunahkan masyarakat dan masa depan generasi muda negara kita.









'Pelakon Kanak-Kanak Perlu Kelulusan Cadangan Mengarut' - Ahmad Idham

PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon Ahmad Idham Ahmad Nadzri menyifatkan saranan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan agar kanak-kanak di bawah umur yang terlibat dalam sebarang aktiviti seni perlu mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja sebagai satu cadangan yang tidak rasional dan mengarut.

Menurut pengarah filem yang mesra disapa Idham itu, kanak-kanak tidak wajar dibebankan dengan undang-undang atau peraturan yang tidak masuk akal.

Meskipun kanak-kanak ini terlibat dalam bidang seni, mereka hanyalah kanak-kanak biasa yang tiada bezanya dengan kanak-kanak lain.

"Saya anggap saranan tersebut sebagai idea yang tidak rasional dan mengarut. Ia seolah-olah memberi gambaran bahawa ibu bapa kanak-kanak ini tidak pandai menjaga anak mereka sehingga perlu mendapatkan keizinan daripada pihak lain pula.

"Idea tersebut bagaikan satu penghinaan kepada ibu bapa kanak-kanak yang terlibat dalam bidang seni," katanya yang ditemui pada pratonton filem terbarunya Damping Malam di sini, Rabu.

Idham yang sering mengarahkan filem atau drama membabitkan pelakon kanak-kanak berkata, dia tidak pernah melihat mana-mana pelakon bawah umur di dalam produksinya hadir bersendirian dan tanpa ditemani oleh ibu bapa atau penjaga.

"Sepanjang saya mengarahkan drama atau filem melibatkan pelakon kanak-kanak, tidak pernah pula saya lihat mereka datang sendirian atau tidak ditemani oleh ibu bapa atau penjaga ketika berada di lokasi penggambaran.

"Tiada ibu bapa yang akan membiarkan anak-anak mereka terkontang-kanting tanpa pemantauan apabila anak-anak ini terlibat dalam aktiviti seni tidak kiralah nyanyian, teater atau lakonan sekali pun," katanya.

Saranan itu juga dilihatnya sebagai satu penghinaan kepada industri kesenian tanah air kerana seolah-olah penglibatan anak-anak bawah umur dalam bidang ini mendedahkan mereka kepada perkara-perkara negatif dan tidak sihat.

"Cadangan sebegitu seolah-olah memberikan gambaran bahawa penglibatan kanak-kanak dalam bidang seni lebih terdedah kepada anasir-anasir negatif dan tidak sihat.

"Hakikatnya pembabitan mereka dalam bidang seni adalah didorong oleh minat dan bukannya paksaan ibu bapa atau orang lain.

"Kenyataan tersebut bagaikan satu penghinaan kepada warga seni kerana ada pihak yang menganggap bidang ini hanya akan merosakkan pemikiran kanak-kanak bawah umur yang masih muda dan naif ini," katanya.

Tambah Idham, gejala sosial di kalangan remaja hari ini adalah isu yang lebih besar dan serius yang seharusnya dirunsingkan oleh pihak kerajaan berbanding saranan tentang kelulusan terhadap pelakon bawah umur.

Dalam sesi penggulungan Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010 pada persidangan Dewan Negara, Isnin lalu, Maznah berkata kanak-kanak di bawah umur yang terlibat dalam sebarang aktiviti seni perlu mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja.

Kelulusan tersebut bagi mematuhi peraturan yang terkandung dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010.

No comments: