Saturday, October 16, 2010

Bonus: kakitangan kerajaan wajar jatuhkan hukuman secara senyap sahaja

Apabila kakitangan kerajaan merempat dan merayu agar kerajaan rakyat menunaikan impian mereka iaitu agar pemberian bonus sebulan gaji dilunasi. Ketiadaan bonus kakitangan kerajaan sejak zaman Dr M lagi mulai 2006.

Jawapan dukacita Najib dilaporkan pada hari Sabtu (hari ini) selepas belanjawan rakyat pada hari semalamnya.

Inilah nasib kakitangan kerajaan, inilah juga petanda akan berlaku lagi ketirisan dalam pengurusan pentadbiran awam negara serta banyaklah bentuk penyelewengan, pecah amanah dan yang berkaitan sewaktu dengannya.

Jsuteru itu, kakitangan kerajaan jangan terlalu mengharapkan ihsan dan pemberian ihsan. Kuatkan semangat dan berpadalah dengan gaji yang ada dan kempenlah jimat cermat anda dan berhematlah perbelanjaan anda.

Harapan anda kini sudah dikecewakan, kekalkan momentum anda. Jatuhilah hukuman kepada sesiapa yang anda mahu hukum, agar ia menjadi satu pengajaran kepada mereka yang ada kuasa.

Pilihan anda biarlah tepat, kena pada waktu dan ketika. Jangan mudah tertipu dengan mainan mereka. dan jangan berpusing hukum bila PRU13, bonus akan dihulurkan dan digual-gulakan bila tiba masa 'praya'nya.

Makanlah umpan, tetapi usah ditelan mata kail, nanti anda bakalan terjerat. Sesal dahulu memang nampak berguna, lazimnya jarang kita sesal kerana payah untuk disesalkan terhadap sesuatu perkara, selepas perkara itu berlalu dahulu barulah sesalan bakalan akan susuli.

Pemberian bonus beri implikasi kewangan besar – PM

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak boleh memberi bonus satu bulan gaji kepada kakitangan awam berikutan ia akan memberi implikasi kewangan besar iaitu sebanyak RM3.1 bilion.

Najib berkata, beliau sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab tak boleh membelanjakan wang melebihi pendapatan negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia bersama Perdana Menteri di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini. – Utusan





No comments: