Friday, September 17, 2010

TV3: Drama Pak Nil.. Ibu Kirim Salam senda Islam

Menonton sintron raya petang Jumaat, berjudul Pak Nil....Ibu Kirim Salam dalam TV3, terpanggil menulis untuk menulis rasa kesal dan sedih dengan pengarahan , isi cerita serta para pelakunya.

Sesudah dipaparkan sekumpulan remaja perempuan dalam Youtube yang menyendakan zikirullah dalam bentuk yang diformasikan ala dikir Barat. Bagi kali ini slot drama tersebut dalam salah satu adengan mewatakkan pelakon Kamarul dengan pakaian jubah, dicatkan dahinya dengan cat hitam didahi secara keterlaluan, diiringikan oleh 3 pelalon tambahan yang berzikir sambil bediri dalam masjid. Dan seorang peserta Raja Lawak yang saya lupa namanya, dilakonkan sebagai manusia betul bendul yang nampak macam gila.

Dailog-dailog Kamarul dengan sikurus perserta Raja Lawak digelar Along dari JB itu yang akhirnya bertindak tidak semena-mena 'merejam kumpulan' Kamarul dengan batu kerana mereka digelar oleh Along tadi sebagai syaitan yang direjam. Ini kerana selepas kamarul memarahi Along kerana lebih mengingati Aznil Nawawi, AF, Jgn Lupa Lirik dan sebagainya daripada mengingati nama-nama sahabat nabi dan sebagainya. Si Kamarul terus mengutuk Along yang kurus betul bendul mengingati artis.

Diakhir adengan kamarul minta Along tersebut bersama dengan kumpulannya, kerana beliau janjikan syurga, perjuanganya benar, dan dilaungkan beberapa kali dengan kalimah mulia takbir..takbir.. yang tiada punca dan gerak jalan ceritanya.

Bagi penulis Islam jelas disendakan oleh drama berkenaan. Sekali lagi TV3 menyendakan Islam. Apa kata puak-puak yang marahkan MP serdang masuk ke surau di Kajang.




3 comments:

asal said...

tv3 suku, memang menjadi agenda mereka...mengutuk golongan agama adalah kelangsungan mereka untuk terus mendapat layanan anak emas dari umNOOOOOO.

amni said...

astro prima la... apa plak tv3

Adi Wahab said...

salam...juz kongsi pandangan..

kalau x silap saya..pada part tu.org berjubah dgn 2 org kawan nye tu sbenarnya adalah syaitan yg menyerupai manusia..dan cuba untuk menyesatkan si betul bendul tu bila dia menghampiri masjid..

**sbb tu(scene sterusnya) imam dlm masjid tu keluar dan x tahu yg ada org disitu..**sbb apa yg si bendul tadi nampak hanyalah bayangan saja..

apa pon...sya stuju dgn penulis ttg terlalu mengangkat artis melebihi para ulama..
(sya gunakan para ulama dari para sahabat..camna nak gantikan watak pak nil dgn tokoh2 islam yg tiada?? lebih sesuai guna para ulama atau mufti yg lebih dia kagumi dan mereka masih ada dan boleh berjumpa)

**cerita ni ada kebaikan utk para mufti2 di Malaysia."wahai para mufti,tampillah kehadapan...Jadilah hero dan idola kepada masyarakat.jgn biarkan artis melebihi kamu"

"jangan kerana terlalu mempertahankan jawatan,kamu gentar untuk menyuarakan kebenaran"


wallahua'lam..
(skadar pandangan dan mungkin ia juga terdedah kepada kekurangan..)