Saturday, April 17, 2010

Isu Zaid : Mahu cakap mahu fikirlah dulu

Bila bekas ketua Pemuda PAS Pulau Pinang memberi reaksi dan komen kepada media hari ini yang menempelak dan menolak calon Pakatan Rakyat kebetulan yang diwakili oleh seorang manusia bernama Zaid Ibrahim seorang pengamal undang-undang yang kontroversi satu ketika dahulu.
Gara-gara tindakan beliau 10 tahun dahulu semasa dalam UMNO menfailkan saman terhadap kerajaan Kelantan kerana mahu melaksanakan Hukum Hudud oleh kerajaan negeri inilah yang dipersoalkan oleh Bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang ini.
Bekas ketua Pemuda PAS ini adalah seorang ustaz, menurut pandangan ilmunya yang beliau ada adalah sesuatu yang 'cukup besar' kelakuan dan perlakuan Zaid kerana berani melawan Hukum Allah. maka kita sekali fikir akan menerima pandangan dan pendirian ustaz ini.
Tetapi bilamana kita, reverse kembali , sirah ada mengajar kita bagaimana Saidina Umar yang sebelum Islam adalah cukup kuat melawan Islam, akhir menerima Islam dan akhirnya menjadi lebih kuat Islam dariapada orang islam yang awal menerima Islam. Bayangkan
Kita bukanlah bermaksud meletakkan Zaid sama taraf dengan saidina Umar, cuma sekadar contoh.
Selain itu, bagaimana percaturan strategi dan ruang yang dibuka oleh bekas ketua pemuda yang bersifat peribadi itu akan merugikan perjuangan Pakatan Rakyat, menjejaskan peluang, memberi ruang dan peluru tanggung kepada UMNO bagi menyerang balas.
Akhirnya kita yang hendak ke Islam ini jugalah yang rugi. Kemenangan islam menjadi lambat. Melambatkan semuanya maka tindakan kita ada kesan belaka dan memberi kesan belaka.
Maka lain kali mahu pikiqlah dulu...

No comments: