Wednesday, November 18, 2009

SPR: Kota Seputeh Macam Mana ?


Kota Siputeh: Bergantung keputusan mahkamah

KUALA LUMPUR 17 Nov. - Barisan Nasional (BN) bersedia untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh yang diisytiharkan kosong oleh Mahkamah Tinggi di sini tetapi bergantung kepada proses mahkamah seterusnya.

Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, buat masa ini, BN akan mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Rayuan bagi menimbangkan kembali keputusan tersebut.

Perdana Menteri berkata, BN akan tetap patuh serta menghormati apa sahaja keputusan pihak Mahkamah Rayuan terhadap kes tersebut.

"Ia adalah kes mahkamah, kita hormat keputusan mahkamah dan akan berkerja mengikut sistem yang ada, kalau kita boleh merayu, kita akan buat bermula dari situ.

"Kita akan patuh kepada apa jua keputusan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Bio Malaysia 2009 di sini hari ini.

DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong selepas mahkamah mendapati kegagalan ADUN sebelum ini, Datuk Abu Hassan Sarif menghadiri dua persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah berturut-turut tanpa kebenaran speaker sebagai berasas.

Perlembagaan negeri itu menetapkan mana-mana ADUN yang gagal hadir secara berturut-turut sebanyak dua kali pada persidangan dalam penggal yang sama akan hilang jawatan mereka.

Abu Hassan gagal hadir pada persidangan 19 April dan 9 Ogos lalu.

Permohonan mahkamah dikemukakan oleh Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail yang mahu keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya mengekalkan Abu Hassan sebelum ini disemak.

No comments: