Thursday, November 19, 2009

SPR : Jelas Kuli batak UMNO

Hari ini penulis cuba membelek kembali berita akhbar digital Utusan Malaysia(UM), tentang DUN Seputeh Kedah, yang mana pihak mahkamah 'bersetuju' dengan tindakan speakker DUN Kedah yang menghantar surat kepada pihak SPR memaklumkan berlaku kekosongan pada kerusi DUN berkenaan. Adalah sah kena dan menepati tatacara aturan dan peraturan undang-undang DUN dan undang - undang tubuh kerajaan Negeri Kedah.

Semalam SPR lebih mendahului bekas calon UMNO BN Hassan , maknanya antara calon UMNO dan UMNO Kedah yang bersungguh-sungguh bersemangat dan beria-ria mempertahankan kerusi berkenaan adalah SPR, bukan UMNO Kedah dan BN Kedah.

Moral cerita kita fahami jelas agak 'keterlaluan' SPR Malaysia yang sepatutnya bertanggungjawab penuh melicinkan kerja-kerja mengurustadbir pilihanraya bertindak sebaliknya, sekaligus agensi ini mempertikaikan keputusan hakim dan jelaslah berlaku lagi satu penghinaan kepada bidang kehakiman negara ini.

Lainlah jika SPR itu duduk sebelah pihak yang dimangsakan, sekarang pihak yang dijadikan mangsanya bukanlah SPR tetapi ADUN Seputeh. Oleh itu bagi mengelakkan rasa janggal, maka 'dipaksa' ADUN berkenaan menfailkan rayuan ke mahkamah.

Jadi akhir jelan cerita LU FIKIRLAH sendiri !!!!


SPR kemuka rayuan Jumaat

DIKUCHING 17 Nov. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jumaat ini supaya penguatkuasaan keputusan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah oleh mahkamah itu semalam, ditangguhkan.

Ia bagi membolehkan SPR membuat rayuan sehingga ke peringkat mahkamah yang paling tinggi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya mahu meneruskan rayuan terhadap keputusan berkenaan menerusi proses undang-undang sehingga ke peringkat terakhir termasuk di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, menurutnya, ia bergantung kepada keputusan pada Jumaat ini sama ada rayuan untuk menangguhkan penguatkuasaan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu akan memihak kepada SPR atau sebaliknya.

‘‘Kita hormati keputusan mahkamah tetapi SPR akan melakukan rayuan berdasarkan proses undang-undang yang dibenarkan.

‘‘Seperti biasa, jika kita sudah mengetahui apakah keputusannya, SPR mempunyai 10 hari daripada tarikh kekosongan sesebuah kerusi DUN itu untuk melakukan pengumuman.

“Tetapi sekarang kita merayu penguatkuasaan keputusan itu ditangguhkan hingga ke peringkat yang akhir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di sini hari ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh seterusnya mengundang satu lagi pilihan raya kecil.

Keputusan dibuat ekoran penyandang kerusi itu, Datuk Abu Hassan Sarif gagal menghadiri dua persidangan Dewan itu secara berturut-turut pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Abdul Aziz berkata, apabila keputusan muktamad sudah diperoleh sehingga ke peringkat mahkamah yang paling tinggi, maka SPR di bawah peruntukan undang-undang bertanggungjawab untuk mengisytiharkan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini SPR akan menunggu proses undang-undang itu tamat terlebih dahulu dan pada masa yang sama pihaknya tidak akan mengadakan apa-apa mesyuarat pada masa ini.

Permohonan mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh dibuat oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail.

Abdul Isa mengemukakan semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Abu Hassan sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Abu Hassan fail notis rayuan

KUALA LUMPUR 17 Nov. - Datuk Abu Hassan Sarif hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh dan beliau bukan lagi wakil rakyat kawasan tersebut.

Abu Hassan memfailkan notis rayuan tersebut melalui peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini pada pukul 1.35 petang ini.

Beliau mengesahkan salinan notis akan diserahkan kepada peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail dan Jabatan Peguam Negara bagi pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sementara itu, SPR yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md. Said juga memfailkan permohonan serupa hari ini.

Semalam, Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin mengisytiharkan kerusi Kota Siputeh di Kedah kosong setelah Abu Hassan gagal menghadiri dua sidang Dewan pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Hakim itu menyatakan, Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah (UTNK) jelas menyatakan berlaku kekosongan kerusi sekiranya Ahli DUN (ADUN) tidak menghadiri mesyuarat tanpa kebenaran Speaker bagi dua persidangan berturut-turut.

Keputusan Hakim Alizatul mengundang satu lagi pilihan raya kecil jika proses rayuan berakhir dengan mengekalkan ketetapan yang dibuat oleh beliau.

Sejajar dengan pengisytiharan itu, Abu Hassan secara rasmi tidak dibenarkan menghadiri sidang DUN Kedah selama tiga hari yang bermula hari ini.

Hakim Alizatul memutuskan demikian semasa membenarkan semakan kehakiman yang difailkan oleh Abdul Isa pada 1 Oktober lalu bagi mencabar keputusan SPR yang mengekalkan Abu Hassan sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.

Permohonan SPR bagi menangguhkan pilihan raya kecil yang sepatutnya diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pengosongan kerusi tersebut akan didengar Jumaat ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu, Abu Hassan daripada Barisan Nasional (BN) mengalahkan calon Pas, Ismail Wan Teh dengan majoriti kecil 495 undi.

Kerusi tersebut mempunyai 19,771 pengundi dengan 91.1 peratus daripadanya merupakan pengundi Melayu.

No comments: