Friday, August 14, 2009

Ulama perkakas dan Ulama Massa

Maka mengulaslah akan dua cendiakawan bahawa pendirian Nik Aziz adalah bahaya. Pertama adalah mahmood Zohdi UM dan Prof Muhammad Yusuf Hussin KUIS. Kata Mahmood Zuhdi, dalam setiap isu berkaitan dengan agama, tidak sepatutnya dipolitikkan kerana dibimbangi akan menjejaskan kesucian Islam itu sendiri. Justeru, beliau yakin sekiranya Nik Abdul Aziz tidak berada pada kedudukan sekarang sebaliknya sebagai ulama biasa, pasti akan berasa sensitif dengan penghinaan dan cacian terhadap Islam yang dihamburkan oleh orang bukan Islam. “Inilah bahayanya apabila orang- orang agama memakai topi atau pakaian politik. Saya berpendapat mungkin Nik Abdul Aziz sedikit terkeliru kerana tidak mendapat maklumat tepat dalam perkara ini,” katanya.

Kita mahu bertanya kenapa dan mengapa media terhegeh-hegeh mahu dan hendak sangat dengar 'cakap' Nik Aziz berbanding 10 atau 20 tahun dulu. Apa motif dan apa tujuan, tidakkah media ada agenda politiknya ? Maka ulama yang 'tidak berpolitik' ikut masa tertentu dan ada perkara sahaja baru bercakap dengan media itu satu hal juga. Mereka pun kena fikir, jangan jadi peluru atau perkakas kepada puak atau kumpulan lain.


Adakah dengan mengiakan serupa atau sependapat dengan mereka maka barulah Nik Aziz diterima sebagai ulama ada aliran atau ada pendirian Islam. Itulah politik wajah lama Malaysia yang agama dipergunakan dan diperalatkan. maka jangan marah ulama dalam kerajaan atau menyokong kerajaan dilabelkan sebagai ulama terompah kayu.


No comments: