Thursday, August 13, 2009

Lucut kerakyatan mufti Perak wajar faham perlembagaan negara ?

Persoalannya kenapa mengapakah mufti Perak sahaja yang panik. Oleh kerana sikapnya yang terlalu amat sayang dan sifat dia paling terkehadapan berbanding dengan majlis fatwa. Hari ini beliau dengan lantang minta kumpulan ekstremis dan pelampau bahawa tanpa institusi raja yang menjaga golongan majoriti orang Melayu, negara ini tidak mungkin aman.


Catatan:Nak ingat masa Dr M menelanjangkan institusi raja-raja Melayu dengan begitu aib. Keaiban itu bukanlah dibuat dan dicetuskan oleh kumpulan ekstremis atau pelampau bukan Melayu tetapi 'pelampau' Melayu iaitu UMNO.

Tambah beliau dulu aman , kerana institusi rajalah, negara ini yang suatu ketika dikenali Tanah Melayu kemudian Malaya seterusnya Malaysia terus kekal stabil dan makmur didiami pelbagai kaum.


Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ekstremis yang cuba mewujudkan unsur perpecahan dalam negara.“Benda ini (menghormati institusi raja dan agama Islam) sudah ada dalam Perlembagaan Negara, kalau tidak suka, keluarlah dari negara ini.“Selama 52 tahun negara kita aman makmur, tiba-tiba ada pihak cuba hancurkan semua ini, sengaja nak buat kacau. “Dulu mereka diberi kerakyatan setelah setuju mahu patuhi syarat-syarat yang diberi, kalau tak suka lagi, keluarkan mereka dan kalau ada orang Melayu sendiri tak suka, keluarkan juga mereka dengan melucutkan kerakyatannya,” Bayangkan kekacauan fikiran mufti beliau lupa bumi ini dijadikan ALlah. Maka ALlah sahaja yang layak jika kamu tidak mahu ikut dan berhukum dengan hukum aku ALlah cabar sila keluar dan buat bumi yang lain.


Adakah mufti Perak boleh mencabar, seperti mana ALlah mencabar manusia, sepertimana rakyat supaya Melayu dan bukan Melayu yang tidak suka dengan sultan buat Malaysia yang lain. Dan lebih keterlaluan lagi mufti ini sarankan cabut taraf kewarganegraan kepada golongan mereka yang enggan berketuakan raja dan akur wujud institusi raja di Malaysia. Alahai Dato mufti. Kuatnya ampunya !


Di sini penulis ingiin perturunkan secara jelas dalam perlembagaan, ianya terjamin hak-hak rakyat dipelihara. Dan bagaimanakah keakyataan rakyat negara kita terlucut dan boleh dilucutkan supaya kita semua cerdik dan celik ilmu. Sebab kita orang Islam, orang Islam mestilah waras daripada semua orang, orang Islam juga tahu dan faham perlembagaan kerana kita adalah khalifah yang memakmurkan dan mengimarahkan bumi. Kalau tidak sila berhenti menjadi orang islam, kerana orang Islam yang bebal tidak akan kecewa , mereka akan terus berusaha dan usaha berdakwah dan menerangkan usaha dakwah bagi rakyat semua celik dan faham tentang bumi serta penciptanya. jadi jangan jadi mufti, tetapi mufti yang bebal, menjadi pemberita dan ilmuan, tetapi pemberita dan ilmuan yang bebal.

Penamatan Kewarganegaraan (Perkara 23)

Penamatan kewarganegaraan seseorang itu dapat dilakukan melalui dua cara, iaitu:

(a) Permohonan menolak secara sukarela
(i) Telah berumur 21 tahun dan menjadi warganegara sesebuah negara lain.
(ii) Waras pemikirannya dan sedar akan perkara yang dilakukan.
(iii) Akuan didaftar oleh Kerajaan Persekutuan.

(b) Pelucutan kewarganegaraan (Perkara 24-26B)
(i) Tidak setia dalam tindakan dan pcrtuturan.
(ii) Dipenjarakan selama setahun atau kurang setahun.
(iii) Didenda tidak kurang daripada RM5
(iv) Tidak mendapat pengampunan
(v) Derhaka kepada negara.
(vi) Tinggal di luar negara melebihi tempoh 5 tahun.
(vii) Membuat kenyataan palsu


Perlucutan Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-undang

Pelucutan kewarganegaraan seseorang melalui kuat kuasa undang-undang dilakukan dalam keadaan-keadaan berikut:

(a) seseorang itu memperoleh taraf kewarganegaraan asing;

(b) seseorang warganegara Malaysia menggunakan keistimewaan sesebuah negara asing (kecuali negara Komanwel), yang mana keistimewaan itu hanya diberikan kepada rakyat negara tersebut;

(c) Dia seorang perempuan yang telah menjadi warganegara melalui Perkara 15( 1) dan telah memperoleh kewarganegaraannya melalui perkahwinannya dengan seorang bukan warganegara.


Perlucutan Kewarganegaraan yang Diperoleh dengan cara Pendaftaran atau Masukan (Naturalisasi)

1 Seseorang itu telah membuktikan melalui perbuatan atau percakapannya bahawa dia tidak setia atau tidak suka akan Persekutuan.
2 Seseorang itu dalam sesuatu peperangan dalam mana Persekutuan' sedang atau telah mengambil bahagian sepcrti bcrniaga atau membuat perhubungan dengan musuh dengan menyalahi undang-undang atau telah mengambil bahagian atau menyertai dalam sesuatu urusan yang dia ketahui telah dijalankan secara yang boleh menolong musuh dalam peperangan.

3 Seseorang itu dalam tempoh 5 tahun mulai dari tarikh pendaftaran atau dari tarikh perakuan diberi telah dihukum penjara dalam mana-mana negeri selama tempoh tidak kurang daripada dua belas (12) bulan atau denda sebanyak tidak kurang daripada RM5 000 atau senilai dengan mala wang negeri itu dan orang itu tidak mendapat pengampunan terhadap kesalahan yang kerananya dia telah dihukum sedemikian.

4 Seseorang itu dengan tidak mendapat kebenaran Kerajaan Persekutuan telah menerima apa-apa jawatan atau pekerjaan atau telah bcrkhidmat atau menjalankan kewajipan dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan di bavvah kerajaan mana-mana negeri di luar Persekutuan.

5 Seseorang itu telah mendapat kewarganegaraan secara menipu, membc penyataan palsu atau dengan menyembunyikan sesuatu kenyataan.

6 Seseorang wanita yang menjadi warganegara melalui pendaftaran tela memperolehi kewarganegaraan asing melalui perkahwinannya dengan seorang yang bukan warganegara Malaysia.

7 Seseorang itu telah berada di luar Malaysia lebih daripada 5 tahun (kecuali negara Komanwel) secara terus-menerus dan tidak bekerja untuk kerajaan Malaysia atau pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh Malaysia atau tidak pula mendaftarkan nama di Pejabat (Consul di luar negara.)

8 Seseorang wanita itu telah membubarkan perkahwinan dengan suaminya yang telah memberi kepadanya kelayakan untuk didaftarkan sebagai warganegara dalam tempoh 2 tahun dari tarikh perkahwinannya.


Perkara Berkaitan Perlucutan Kewarganegaraan


1 Sebelum membuat sesuatu perintah perlucutan, Kerajaan Persekutuan hendaklah memberitahu secara bertulis kcpada orang yang ke atasnya dicadang hendak dibuat perintah itu tentang alasan yang dicadangkan hendak dibuat bagi penntah itu dan juga bahawa dia berhak merujuk halnya ini kepada sebuah jawatankuasa siasatan di bawah Perkara 24, 25 atau 26.

2 Jika seseorang yang menerima pemberitahuan itu memohon supaya halnya dirujuk seperti tersebut di atas, Kerajaan Persekutuan hendaklah dan mengenai sesuatu hal lain Kerajaan Persekutuan boleh merujuk itu kepada suatu jawatankuasa siasatan yang terdiri daripada seor ang pengerusi (seorang yang ada mempunyai pengalaman kehakiman) dua orang ahli lagi yang dilantik oleh kerajaan bagi maksud itu.

3 Dalam sesuatu hal yang dirujuk itu, jawatankuasa itu hendaklah mengadakan suatu siasatan secara yang diarah oleh Kerajaan Persekutuan dan menghantar laporannya kepada Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan hendak memberi perhatian terhadap laporan itu bagi memutuskan sama ada hend membuat perintah atau tidak.


Oleh itu, kita hendaklah menjadi orang Islam contoh yang bila bercakap Islam itu terpancar melalui tutur dan juga perbuatannya. Dan kita adalah manusia pertama yang amat menyanjungi tinggi nilai pematuhan dan amat berdisiplin dalam konteks mematuhi undang-undang. Janganlah kita mentang-mentang orang Islam, maka kitalah juga orang pertama yang melanggar semua peraturan dan undang-undang, walhal kita kata dan bawa dalam diri kita adalah islamik, cantik, bagus , terbaik dan agamanya. Tetapi dari segi amalan zahir adalah amat mengecewakan, mengalahkan orang yang tidak Islam. Dan dalam masa yang sama kita bagi tahu dekat orang bahawa islam jugalah tu amat baik bagus, tetapi kita adalah orang pertama yang melanggar semua peraturan-peraturan yang kita sendiri buat. Dan kita bagi tahu sekali juga lagi pada semua orang Islam itu baik. Bila orang kata Islam kita melenting selalu, walhal Islam terkata dek kerana kita. Islam terpuji dan disanjung juga dek kerana kita juga. Fikir fikirlkanlah Ada akai ke tak dak akai ?

No comments: