Dalam UMNO walaupun Najib sebagai PM, beliau lebih nampak berkarisma dan berwibawa pada pandangan orang sementelahan trak rekod yang hebat dalam perkhidmatannya belum menjamin ia kekal hebat. Buktinya semasa era Pak Lah selaku PM satu penggal sebagi PM ke 5. Najib nampak lembik gagal menonjol diri sebagai orang berwawasan dan berkeyakinan. Naiknya Najib ke tangga PM atas usaha gigih Muhayidin Yassin, timbalannya yang menongkah arus waktu itu dengan kuat sebagai pendesak. Maka dengan kerja keras Muhyiddin Yassin lah hasilnya Najib dapat berada di kerusi nombor satu ini kini.
Kini walaupun Najib sebagai PM, beliau cuba membawa idea beria-ia konsep 1-Malaysia. Sebaliknya dalam masa yang sama Muhyiddin bawa idea Pengkhianat Melayu. Secara selarinya orang no 1 tidak disokong oleh orang no 2 dalam kerajaan dan parti. Malahan nampak kepada ramai TPM cuba menyaingi idea 1 Malaysia PM.
Kini, nampak TPM pusing 1 Malaysia merasmikan persidangan UMNO utara selatan timur dan barat. Yang nampak secara jealas TPM ingin mengotakan janjinya iaitu bekerja keras merapatkan serta memulihkan UMNO dalam tempoh 2 tahun seperti yang diikrarkan selepas terlantik sebagai Timb Presiden UMNO , sesudah beliau dan gadingan pasukannya menyahkan Pak Lah daripada kerajaan dan UMNO.
Sebaliknya Najib kita lihat selesa berarak ke sana ke mari selaku PM Malaysia. Dan nampak ia berpuashati sungguh dengan kedudukan apa yang dikecapi kini. Dengan tanpa orangnya menyedari dan sedar bahawa kini TPM dan pasukannya sedang bekerja keras membangun dan memulihkan UMNO dengan mengembalikan keyakinan rakyat kembali yakin UMNO masih relevan dalam politik negara kita.
Kelekaan Najib dan siakp tidak cakna Najib memberi laluan selesa Mahyuddin bergerak bebas tanpa ras asyak dan wasangkan buuruk Najib dan kumpulannya atas niat murni Mahuyiddin ini. Kerana dalam fikiran najib dan orang-orangnya Najib bukanlah ancaman kepada mereka. Mereka (orang Najib) mempunyai agenda yang lebih besar dan utama daripada memerhati Muhyiddin.
Justeru peluang keemasan ini digunakan Muhyiddin semahunya, sehinggakan heli yang dinaiki 'rosak' (kerana banyak bergerak tak sempat servis kot) pada hari kelmarin yang diberitakan hampir meragut nyawa TPM kita.
No comments:
Post a Comment