Thursday, August 13, 2009

Kenyataan TPM UMNO yang berbahaya ?


Merujuk laporan media hari ini dibawah tajuk 'kenyataan Nik Aziz tidak konsisten oleh veteran UMNO dan kedua 'kenyataan Nik Aziz boleh menghuru-harakan negara' oleh TPM adalah sesuatu yang dijangkakan. ini kerana setelah UMNO gagal mengkambing hitamkan PAS selepas gerakan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos yang lalu.


UMNO di bawah gerakan pakar-pakar propagandisnya yang dibayarkan oleh rakyat 9gaji oleh UMNO) cuba mencetuskan dan mencuri ketenangan emosi rakyat khususnya yang beragama Islam dengan cuba melajukan gayung bawah perkara Islam. Marahnya UMNO cuba dihalakan kemarahan secara terpimpin oleh UMNO atas penghinaan Islam oleh pemimpin-pemimpin DAP (tentunya Cina dan bukan Islam pulak) ke atas Islam dalam negara ini.



Gerakan beremosi ini bermula daripada beberapa rentetan kenyataan oleh pemimpin DAP yang kurang arif dan faham tentang had dan kuasa penjualan arak di Selangor. Kedua oleh ADUN Jeff Oi yang labelkan pemikiran seorang ahli majlis di salah sebuah PBT Pulau Pinang sebagai serorang berfikiran extremis Islam kerana mahukan peraturan Islam dihormati dan diterima pakai dalam kerajaan Pakatan diterajui DAP di Pulau Pinang.


Rentetan dan kesempatan inilah diraih UMNO digarap oleh UMNO menjadi satu isu yang diagendakan. Orang Islam dan Islam boleh dijadikan sebagai bahan propaganda mereka. Satu bentuk gerakan yang berpontensi disusun yang nampak cerah peluang dimanfaatkan dan mula digerakkan. Maka TPM yang penuh agenda matlamat impian yang mahu digapai dan lebih-lebih lagi mahu membuktikan KPI kepada rakyat bahawa dia adalah bukan seperti TPM-TPM sebelum ini yang semuanya nampak gagal dan doigagalkan cita-cita mereka oleh musuh politik mereka. TPM mahu perpanjangkan hayat dan prestasinya perlu ditunjukkan dan dibuktikan. Lebih-lebih lagi TPM sebagai Pengarah penuh operasi 7 pilihanraya kecil 6 temui kegagalan dan 1 sahaja menang itupun di Sarawak Batang Ai. Maka beliau mahu buktikan sesuatu, beliau adalah TPM yang bukan sebarangan, maka dibuktikan melalui kerja-kerja nya ini. Contoh seperti kes di bincangkan ini.



Justeru, kenyataan TPM hari ini adalah salah satu bentuk kenyataan seorang TPM yang 'cukup tidak bertanggungjawab' dan amat berbahaya. Beliau boleh secara langsung dari segi perundangan dikenakan ISA kerana menghasut yang boleh membawa kepada suasana tidak selesa dan aman serta boleh cetuskan huru hara rakyat. Beliau cuba lahirkan kebencian terhadap orang Islam kepada bukan Islam dalam negara kita. Dengan membawa persoalan dan isu agama sebagai satu cetusan berbaur perkauman. Beliau amat 'marah' kenapa Nik Aziz yang dianggap lebih Islam daripada UMNO puaknya boleh maafkan DAP kerana mereka tidak faham. Ini isunya.



Mahunya, TPM hari ini ajak Nik Aziz dan orang PAS bangkit bersama-sama puaknya membantah sekaligus nampak macam membela Islam yang kononnya telah dihina oleh para pemimpin DAP. Kita mahu bertanya apakah bentuk penghinaan oleh DAP sehingga peringkat menghina Islam. Berbandingkan dengan pemimpin UMNO satu masa dahulu terus perlekehkan air tiada orang syahid tidak dimandikan, tiada pisau gillate, mahu makan sup tangan sila ke Kelantan, tangan tiada orang Islam macam mana nak maju dan banyak lagi sederet penghinaan oleh pemimpin Melayu UMNO Islam ke atas Islam. Siapa yang patut di ISA kan.



Cuma terkini, isunya adalah salah faham dan kurang arif berkenaan rampasan arak oleh PBT MBSA di Selangor. Dari segi prinsip dalam negara kita adalah undang-undang sudah ada, perkara yang harus dilaksanakan adalah pematuhan terhadap undang-undang tersebut. Pematuhan ini sebagai contoh larangan menjual arak prinsip tanggungjawab sosial pekedai bukan Islam tidak boleh tidak menjual arak atau minuman berakohol kepada mana-mana individu yang beragama Islam.


No comments: