Media 'nampak' marah kerana TGNA tidak marahkan DAP kerana menghina Islam. Sebaliknya TGNA dukacita dan kesal kerana pemimpin-pemimpin Islam khasnya Melayu Islam yang enggan menerima Islam sepenuhnya, itulah yang beliau kesalkan dan lebih hina lagi daripada pemimpin - pemimpin DAP hina Islam, kerana mereka buka Islam dan juah lagi dari memahami Islam.
Nampaknya media marah dan terus labelkan selama hari ini, yang PAS mengaku dia sebagai parti Islam itu buat apa, tetapi bila orang hina Islam dia tidak marah pulak. Inilah yang dipelikkan oleh UMNO dan media agaknya.
Sememangnya UMNO adalah pelik dan memang dia akan menjadi parti yang pelik. Setidak-tidaknya selepas PRU 13 nanti. Satu demi satu hakisan kepercayaan rakyat ke atas UMNO. Bermula bila mana rakyat sedar dan tahu duduk perkara sebenar dan faham politik UMNO. Politik cari makan dan politik mementingkan dunia semata-mata dan menjaga suku kaum dan suku sakat dalam negara ini.
Maka Pemuda UMNO Perak berdemolah ia di hadapan pejabat DAP. Di laporkan adalah dalam 20 orang. Ini laporan media milik UMNO , ramailah tu. Tetapi UMNO macam cicak kubing yang hinggap di batang pokok yang mana boleh menyerupai dengan tempat dan kawasan yang ditupangi. Inilah politik UMNO inilah wajah politik lama Malaysia.
Sedarlah UMNO, ledakan maya mencelikkan generasi selepas merdeka. Mereka sudah masuk dalam politik wajah baru Malaysia yang mengubah seluruh landskap politik lama. Sempadan kaum dan budaya sudah direntasi. Kini PAS sendiri sudah ada Kelab Penyokong PAS yang terdiri dari India dan Cina yang bukan beragama Islam, tetapi sanggup menyetujui dasar-dasar perjuangan PAS. Ini apa, adakah mereka ini hina Islam atau apa ?
No comments:
Post a Comment