Wednesday, August 12, 2009

Lihat antara pencuri selipar masjid negara vs bekas menteri UMNO ?


Benar dan sungguh sebagai mana kata Peguam Muda dalam ceramahnya kelmarin. Dalam dunia Malaysia Badan Kehakiman adalah sebenar-benarnya badan rubber stamp sahaja. Parlimen menjadi tempat ahli-ahli yang dipilih rakyat membuat undang-undang bagi 'mengena' dan menghukum rakyat marhein terbawah.

Peguam Muda pernah membela seorang anak muda yang mencuri sebungkus mee segera di sebuah pasaraya. Bila ditanya dan disoal kenapa dan mengapa beliau mencuri. Lalu jawab pemuda tersebut menjawab. Ia mencuri kerana lapar. Tambahnya lagi beliau mempunyai 11 orang adik beradik datang daripada kawasan perkampungan tradisional Melayu di Pahang. Ayah bekerja sendiri dan ibu menjadi suri rumah sepenuh masa. Akhirnya majistret menjatuhkan hukum 3 tahun dengan dihantar ke Sekolah Henry Gurney.

Baerbanding kes Kasitah Gadam seorang bekas Menteri Kanan yang hari ini dibebaskan. Lihatlah sahaja cara dan lagaknya yang difotokan dalam media bagi tatapan rakyat Malaysia. Nah wahai rakyat Malaysia, aku kaya aku banyak duit , aku miliki atau dunia ana punya...Macam filem P Ramlee sahaja lagaknya.

Orang sekeliling yang menyokong dan bersama-sama dengan PENYANGAK ini boleh bersekongkol. Di mana maruah kita, jangan cakap pasal Islam.

1 comment:

Abu Muhammad Haikal said...
This comment has been removed by the author.