Wednesday, August 12, 2009

Apakah tindakan proaktif H1N1 ?


TIADAlah yang paling merisaukan ibubapa adalah tentang keselamatan dan kesihatan anak-anak mereka. Hari ini media melaporkan sesetengah sekolah 'mengalami' kekurangan pelajar iaitu ibubapa melarang anak-anak mereka hadir ke sekolah bagi mengikuti P & P.

Dalam situasi ini pula, Menteri Kesihatan dan kerajaan Malaysia amnya masih lagi 'enggan' tunduk terhadap hakikat ini. Sepatutnya jika pun enggan isytiharkan 'darurat' setidak-tidak premis sekolah serta institusi pengajian dibekukan buat seketika. Walaupun langkah ini kurang berkesan dan membawa impak besar bagi membendung wabak ini.

Malah sampai sekarang kerajaan tiada lagi nampaknya membuat pelan tindakan menangani wabak ini. Walhal ia semakin serius di negara kita. Jika dinegara-negara lain kerahan pasukan paramedik dan kementerian bertanggungjawab digerakkan secara proaktif. Malaysia negara kita masih letakkan dan kekal ia sebagai 'takdir'. Iaitu negara yang cukup bertawakal terhadap ALlah tetapi enggan pula laksana dan iktiraf sebagai undang-undang tertinggi negara.

Berbalik isu H1N1 virus ini sukar dikekang. Setidak-tidak jika tiada vaksin pemakaian topeng digerakkan. Edaran percuma di Pusat Beli Belah, Pelancaran Kempen-Kempen Kesihatan. Langkah-langkah kotingensi oleh sekolah, pusat pengajian dan pelabagai pelan digerakkan. Walhal kita ramai pemikir , nampakknya kumpulan pemikir bagi menjaga keselamatan rakyat nampaknya tiada. Kerajaan hanya nampak ke arah pembentukan pemikiran politik dan SWAT bagi mencari 'pengganas' sahaja.

Inilah lemahnya negara kita. Negara kita tanggungjawab kita. Slogan kosong dan hampeh. Semua menteri kosong dan hampeh. Banyak menghabis dan hisap duit rakyat sahaja.


1 comment:

Wak Labu Farm said...

Anak2 muda hari ini terlalu giarah berpolitik. Malang nya mereka sangat kurang atau terlalu cetek tentang 'kuasa politik'.

Kuasa politik Tanah Melayu harus di terajui oleh Melayu/Islam. Ertinya ketua pentadbiran Melayu/Islam dan EXCO nya mestilah lebih 51% Melayu/Islam. Jika perkara ini TIDAK berlaku ini bermakna 'kuasa politik Melayu/Islam' tidak ujud.

Perkara ini sudah berlaku di negeri Perak. Walaupun PAS cuma ada 6 kerusi DUN, wakil PAS menjadi Menteri Besar Perak. Tetapi jika di lihat pada barisan EXCO nya, PAS cuma ada seorang ahli sahaja. Sedangkan DAP/PKR ada 9 ahli EXCO nya.

Jika di pecahkan kepada kaum, Melayu/Islam cuma ada 3 ahli EXCO berbanding DAP/PKR 7(bukan melayu/Islam). Inilah yang di namakan Melayu/Islam sudah kehilangan 'kuasa politik' nya.

Fikir2 kan.....