Penularan wabak HINI dalam negara kita masih kekal berjalan petanda berkurangan jauh sekali malah bertamabah parah serta seruis juga ada dan virus ini semakin rancak giat rakus dan ghairah. Bagi PAS dan umat Islam yang perihatin dan insaf solat hajat bagi memohon pertolongan ALlah adalah tempat mengadu agar menghindarkan wabak ini giat dijalankan. Semua premis markas, balai Islam serta mana-mana sahaja tempat yang PAS terajui penganjuran majlis solat sunat hajat sedang giat diadakan.
Catatan rekod kini direkodkan seluruh negara kematian sejumlah 41 orang yang melibatkan pelbagai peringkat umur dan latar. Sikap menangguh-nangguh peringkat awal dulu oleh kerajaan Malaysia. Dengan sikap sambil lewa adalah trade mark Malaysia. Tidak tegas, kurang cakna menyebabkan penularan wabak ini semakin serius dan menjadi-jadi berbanding dengan negara tentangga kita iaitu Indonesia yang terbuka dan mempunyai rakyat jauh lebih ramai dan dhaif daripada Malaysia.
Dimaklumkan negeri Pahang adalah antara negeri penyumbang terbesar catatan virus H1N1 tertinggi. Jika diteliti dan diperhalusi kandang-kandang penternakan babi adalah rendah. tetapi Pahang mencatatkan kes cukup tinggi, apa hal ? Jika mahu diukur penyebab atau perumah utama selesema ini adalah babi.
Bagi kita , congakkan mudah adalah di Pahang ada pelbagai pusat yang paling besar dan gah contohnya Pusat Maksiat di Genting Highland tawarkan judi dan arak dan yang sewaktu dengannya dan kini yang terbaru adalah Bukit Tinggi juga mengikut jejak yang sama pula menjadi 2 lokasi syurga maksiat dan ibu maksiat di negeri Pahang. Mana insaf dan keinsafan UMNO ?
Sementelahan UMNO tumpang semangkuk ikut serta kecoh dan simpati UMNO dengan PAS Selangor minta demo, minta keluar Pakatan gara-gara marahkan DAP yang enggan haramkan arak adalah lawak-lawak bodoh UMNO. Walhal penjualan arak di Pulau Tioman negeri Pahang milik UMNO selama 52 tahun bukan sahaja 'galak' tetapi dah terlampau di mana 100% penghuni pulau itu adalah Melayu Islam.
Di mana rasa tanggungjawab. Justeru kebebasan yang dianjurkan ini bukanlah kebebasan mutlak tetapi kebebasan yang bertanggungjawab.
Oleh itu, sebabnya GMI supaya ISA dimansuhkan adalah salah satu bentuk kebebasan bersuara yang mana kebebasan itu adalah sebagai kebebsan yang bertanggungjawab. ISA dan akta-akta lain perlu dinilai semula untuk memberi ruang supaya kebebsan bersuara dapat bernafas dengan selesa.
No comments:
Post a Comment