Friday, June 12, 2009

Semua masalah dikaitkan ke luar dan di luar ?

Tesis:

Manusia mudah lupa. Soal hidup dan masa lalu mereka. Teringat penulis 20 tahun dahulu, jika kita membicarakan atau membahaskan soal fenomena cuaca panas dan kepanasan. Jawapan spontan terfokus selalu kita hanya tertumpu jsawapannya ke negara-negara Afrika yang bergurun, alasan popular padanlah panas kerana negara tersebut tiada pokok tumbuhan langsung menutup bumi, berbatu batan berpadang pasir. Sebab tuhan dah jadikan seperti itu. Tiada masalah kita banyak pokok, banyak hujan. Hujan panas lembab khatulisitiwa. Dapat hujan sepanjang tahun, tumbuhan hidup sepanjang masa. Tiada empat musim. Terus lupa dan alpa

Teringat penulis bila berlaku masalah-masalah sosial, runtuh akhlak, jenayah bunuh diri dan 1001 lagi permasalahan manusia. Spontan jawapan terus dikaitkan kejadian tersebut berlaku diluar negara iaitu negara-negara barat. Sebabnya Barat tempat longgokan semua masalah kerana mereka enggan menerima islam, sebab mereka kafir tidak menyebah ALlah SWT. Itulah kefahamam dan fahaman kita dulu-dulunya. Barat adala ibu segala kejahatan, mereka penyubur serba serbi araknya, seksnya, jenayahnya, renadah moralnya, kadar jenayah kejam, penipuannya dan sebagainya


Begitu juga teringat penulis bila berlaku kejadian siri bangunan-bangunan runtuh, ramai mati tak apa itu berlaku di luar negara bukan negara kita. Highland Tower runtuh satu ketika di Malaysia, kita ada alasan melunakkan hati sebab kejaidan itu berlaku kerana dah dia dibuat dekat lereng bukit dan ada hakisan bukit. Runtuh pula di Bkt Antarabangsa kerana pemaju nak bagi orang kaya-kaya tempat rumah elit sahaja, KL mana ada tanah dah tu dia buat kat situ.

Teringat penulis bila berlaku kes pemanasan global fenomena cuaca kering, walaupun melanda negara kita sama , kita masih beralasan juga tidak apa itu berlaku juga di luar negara. gejala punca berlaku disebabkan oleh masalah cuaca kering negara kita ni sebab pembakaran hutan berskala besar di Kalimantan.

Jadi sampai bila mahu sedar dan kita harus atas sedar, jangan duduk bawah sedar ia jadi lambat.

No comments: