Saturday, June 13, 2009

Alasan atau sekadar memberi alasan

Kelantangan sesama para blogger dan perbicaran tanpa penghakiman oleh hakim kini terfokus ke arah isu dalaman PAS. Parti itu kini dinilai ahli pendokong penyokong gara-gara terkaitkan dan nampak teruja sungguh dengan soal perpaduan.

Walaupun niat murni dan suci itu berpadu, PAS kena melalui syarat-syaratnya kerana semestinya syarat mestilah didahulukan. Dalam apa juga perkara kerja buat syarat mendahului perbuatan kita. Lakukan begini syaratnya nak baik dan sebagainya sebagai contoh analogi.

Alasan syarat yang ada diberikan, kelompok pimpinan yang ada cuma 'sekadar' melontar idea. Analogi menyokong serta memperkuatkan hujahnya begini, macamlah satu ketika dulu MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tempoh hari melontarkan idea supaya ITM membuka dan menambah 10% kouta kemasukan pelajar-pelajar bukan bumiputera. Katanya ada demontrasi seluruh ITM di Malaysia. Begitulah idea ini.

Kedua, alasannya nanti takut kata Presiden tiada idea maka dilontarkan idea. Nanti ahli marah pula dikatakan presiden tiada idea.

Hujah tambahan lain lagi, takkan lah presiden PAS tidak tahu. Jika kita sayang beliau lebih sayang, jika kita cinta beliau terlebihnya cintanya terhadap parti. Masakan hujahnya beliau tidak tahu akan apa yang dibuatnya.

Hujah lain, takkanlah masa UMNo lemah kita nak memberi talian hayat.

Namun, atas apa alasan sekalipun ahli, rakan-rakan dan para pencinta Pakatan amat terkilan dengan lontaran idea yang dirintis. Penafian kita sesekali mahu bergabung dengan UMNO nampak macam basi. Mungkin jika tiada bangkangan keras sebegini dah lama idea ini diterima.

No comments: