Wednesday, June 10, 2009

Perasmian Bangunan PAS Pahang meriah !

Gambar 1: TGNA disambut oleh TPJ Zon Tengah bersama YB Adun Kuala Semantan

Gambar 2: TGNA bersama PJ PAS Pahang dan ADUN DAP N9


Gambar 3: Hadirin yang turut hadir bersesak-sesak di kawasan lapang hadapan bangunan baru PAS Pahang ini.

Gambar 4: SUP badan Perhubungan dan ADUN Kuala Semantan di barisan tetamu

Gambar 5 : Gimik belon penanda aras PAS Pahang mula 'terbang' ke PRU 13 kot ?

Gambar 6: TGNA menandatangani plak perasmian Bangunan PAS Pahang bernilai RM600ribu


Gambar 7: TGNA bersama Adun Kuala Semantan, TG Hj Mohd Baqi Othman , Dato PJ Pahang.

Temerloh: Tanggal 9 Jun 2009 bersamaan 15 jamadil Akhir 1430H, TGNA selaku Musryidul AM PAS merasmikan Bangunan Pejabat Perhubungan PAS negeri Pahang. Bangunan pejabat tiga tingkat ini adalah bernilai RM600 ribu, hasil sumbangan derma orang ramai. Bangunan milik PAS sendiri ditengah-tengah pusat bandar Temerloh ini telah melakarkan sejarahnya yang tersendiri.Pertama kehadiran rasmi TGNA, kedua pembelian bangunan secara tunai, ketiga kepaduan ulama bersama profesional berganding bahu memimpin PAS Pahang.

Majlis bermula jam 5.00 petang dengan dikemuncakkan dengan upacara penandatangani plak perasmian bangunan. Turut hadir Dato Fauzi Rahman Pengerusi Perhubungan PKR Pahang, YB Leong Ngah Ngah Pengerusi DAP Pahang, YB Chong ADUN Tras, YB Azan PKR, YB Tn Syed Lonik Adun Beserah dan YB Adun Kuala Semantan . Dijangkakan tetamu yang hadir melebihi 2000 orang.

Pihak Badan Perhubungan PAS juga mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah mendapat kerjasama yang baik daripada PDRM Temerloh bagi mengawal lalulintas sepanjang program tersebut berjalan.




No comments: