Wednesday, June 10, 2009

Kerajaan Perpaduan: PAS hentikan memburunya ?


Media dan UMNO kini bersorak girang, kerana PAS mahukan kerajaan Perpaduan. Sebagai manusia biasa arah kerjasama baik tidak ada hati yang mahu menolaknya. Wawasan dan idea Tuan Guru Presiden PAS mahu gerak dan bawakan kerajaan perpaduan itu juga adalah baik. Gambaran PAS adalah bersifat terbuka dan mahu berkerjasama dengan semua pihak apatah lagi UMNO didokongi majoritinya Melayu dan beragama Islam pula.

Namun meninjau pandangan dan kajian rambang penulis kepada semua penyokong, pendokong serta bekas ahli UMNO ternyata idea kerajaan perpaduan mendapat 'tentangan' dan reaksi keras. Alasannya rata-rata memberi gambaran seperti mana kata Tuan Guru Murshidul AM PAS ia adalah karut. (Bahasanya kasar).

Jika diambil kerajaan perpaduan ala Hamas dan Fatah di Palestine, tidak sampai ke mana, kerana kini rata-rata survey yang dijalankan oleh penulis penyokong, pendokong, pimpinan bawahan parti, pimpinan pertengahan 'kabur' dan tidak jelas. Jelas mereka hanya beberapa kerat dalam pimpinan tertinggi PAS sahaja yang faham dan nampak kerajaan perpaduan ini.Malah idea ini dijual oleh pimpian PAS. Sedangkan bagi UMNO tidak terlintas langsung, lebih malang Najib sendiri kabur dan tidak nampak apa 'isi' kerajaan perpaduan. Maknanya gendang dipalu, PM tidak mengikut rentak mahu berpadu. PM sendiri jadi kaget dan pelik gaya idea kerajaan perpaduan ini. Lebih malang diseru pemberita bertanyakan PAS tentang idea ini. Lebih aib Hadi diminta beri penjelasan, maka jelaslah mereka tidak jelas terhadap kerajaan perpaduan. Ini amat memalukan PAS. Jangan kita terpesona dengan Khairy Jamaluddin dalam Astro Awani baru-baru ini dengan hujah dan padangannya.


Selain itu, muktamar baru lalu di Shah Alam, rata-rata perwakilan( beberapa hari tinggalkan rumah tangga , anak isteri kerjabuat datang bersidang) tidak berminat langsung bagi membincang secara langsung berkenaan idea kerajaan perpaduan. Janganlah kerana ada 'kes' MB Terengganu kini yang bernafas dalam lumpur dan bakal menghadapi undi tidak percaya daripada wakil rakyat UMNO sendiri kita mahu berpakat /bekerjasama di peringkat sana dan menghalalkan serta heret pula kerjasama di peringkat federal.

Ketiga, alasan rata-rata para penyokong, pendokong dan pimpinan akar umbi menyetujui perlukan kerjasama dalam Pakatan Rakyat dimantapkan, perlu ada perasaan hormat menghormati. Kata mereka PAS diberi kepercayaan luarbiasa, penghormatan tinggi oleh masyarakat bukan Islam dalam memimpin Pakatan dan PAS mesti menunjukkan kelas tersendiri dengan membuktikan dalam kerjasama tersebut secara bersungguh-sungguh diterjemahkan. Reba atau halangan awan hitam selama ini menyelubungi PAS kian cerah. Adakah pimpinan kita 'tertawan' sedikit dengan sikap lunak UMNO(dikala mereka lemah) mencari PAS sebagai rakan kerjasama. Apa yang penting adalah kerjasama di dalam Pakatan. Mandat muktamar PAS ke 54 di Ipoh Perak harus dipegang prinsip tersebut.

Justeru kata mereka Presiden PAS perlu menghentikan segera idea membawa kembali kerajaan perpaduan. Di mana satu masa dahulu sudahpun ditarik kembali. usaha-usaha menarik sokongan pimpinan PAS lain dalam menerima pakai idea kerajaan perpaduan akan mengerhanakan kepercayaan rakan-rakan dalam Pakatan. Jangan;ah PAS sendiri mengeruhkan hubungan, hentikan sidang media tentang kerajaan perpaduan, kerana kerajaan perpaduan bunyinya padu dengan UMNO tetapi ahli bawah PAS berpecah, Pakatan Rakyat memandang PAS bersikap seperti UMNO iaitu amalan sama mengambil kesempatan atau golongan oputunis dalam kerjasama politik.

Oleh itu, akhirnya PAS aan dilabelkan sama dengan UMNO. Sudahlah kita sama Melayu bangsanya, sama agamanya iaitu Islam, maka janganlah sama perangainya pula. Hentikan kerajaan perpaduan hormati pandangan Tuan Guru Nik Aziz. [Penulis sempat berbual dengan beberapa orang yang rapat dengan Tuan Guru dan membaca dan memahami pemikiran]. Kerja-kerja mereka bukanlah kerja-kerja orang bodoh, mereka adalah penasihat yang profesional. Mereka tiada agenda peribadi, bagi mereka mempertahankan Kelantan, mungkin nampak sedikit bias (peribadi) itu adalah lumrah dan adat manusia. Teguran anak TGNA menyedarkan mereka. Maka sesudah penulis mengenal mereka sedikit sebanyak penulis faham ketulusan hatu nurani mereka. Mereka terlalu sayangkan TGNA, lebih daripada menyayangi kedua ibubapa mereka hasil pemerhati peribadi penulis sepanjang TGNA sepanjang 2 hari program di Temerloh. Penulis dekat dan terlibat langsung dalam program Perasmian Bangunan PAS Pahang.

Inilah ulasan Utusan Malaysia pada hari ini..

Nik Aziz tetap tolak rundingan kerajaan perpaduan

TEMERLOH 9 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini mengulangi pendirian peribadinya untuk terus menolak cadangan mengadakan sebarang rundingan atau menubuhkan kerajaan perpaduan bersama UMNO.

Menurutnya, isu kerajaan perpaduan yang ditimbulkan sebelum ini bukan dasar Pas sebaliknya dikemukakan oleh ahli dan ia diperhalusi di peringkat jawatankuasa parti itu.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, parti menyerahkan keputusan untuk melaksanakan kerajaan perpaduan bersama UMNO kepada Jawatankuasa Pas Pusat yang akan bersidang Khamis ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, isu kerajaan perpaduan perlu dibincangkan serta diperhalusi jawatankuasa tersebut agar cadangan itu diterima oleh semua ahli peringkat akar umbi.

"Saya tidak mahu komen lagi isu ini, biar jawatankuasa terbabit putuskan. Satu sidang media akan dibuat nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Badan Perhubungan Pas Negeri Pahang di sini hari ini.

Turut hadir Naib Presiden Pas merangkap Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi dan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Mengenai reaksi PKR dan DAP berhubung cadangan kerajaan perpaduan itu, Nik Aziz berkata, Pas akan mendapatkan pandangan kedua-dua parti itu mengenai kerajaan perpaduan dan semua urusan itu adalah di peringkat pentadbiran tertinggi parti.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Nik Aziz menyerahkan kepada Jawatankuasa Pas Kawasan jika benar terdapat 10 calon Pas menawarkan diri untuk bertanding pada Pilihan Raya kecil Manek Urai.

Menurutnya, calon yang akan diletakkan di kubu kuat Pas itu belum diputuskan secara rasmi.

Menjawab soalan mengenai usul yang dikemukakan ahli Pas dalam muktamar Pas baru-baru ini untuk mengharamkan pertubuhan Sisters in Islam (SIS), Nik Aziz berkata, beliau lebih suka cadangan atau usul itu dibincang dahulu.

"Pas bukan mahu SIS terus diharamkan tetapi siasat dahulu pertubuhan ini. Kerajaan perlu menubuhkan jawatankuasa menyiasat pertubuhan terbabit," katanya.


No comments: