Wednesday, June 10, 2009

Belajar : Mendengar dan mengurus ?


Di kesempatan lawatan kerja TGNA ke Temerloh, penulis bersama YB Adun Kuala Semantan (gambar) mengambil kesempatan dan peluang untuk berbincang-bincang serta bertukar-tukar pandangan dengan SU Politik MB Kelantan Sdr Ainul tentang isu-isu kontemporori PAS masa kini.

Turut dibincangkan 'ketakutan' pembawa dan pencetus idea kepimpinan ulama dipertahankan, profesional sekadar jadi pengikut. Idea yang tidak perlu diperbahaskan sehingga menegangkan urat leher seperti mana ayam dan telur ayam mana yang didahulukan. Apa yang penting ulama jangan membuat silap. Jika silap memimpin golongan profesional akan menegurnya. Ulama ikut prinsip landasan perlembagaan parti serta keperluan-keperluan keputusan bersifat semasa yang wajar dipatuhi sesudah diputuskan secara konsensus kalangan pimpinan.

Banyak penulis timba dan belajar pengalaman daripada beliau sepanjang bersama-sama dengan beliau dalam menguruskan pimpinan parti yang sudah menang selama 20 tahun itu.

No comments: