Monday, June 08, 2009

Pemimpin UMNO semakin gila ?

http://www.fibre2fashion.com/news/images/muhyiddin-yassin_6595769.jpg

Sekonyong-konyong malam ini Timb PM yang juga Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan agar BI dijadikan syarat wajib bagi membolehkan lepasan SPM memiliki sijil dalam peperiksaan awam SPM akan datang.

Kejutan TPM ini, samada mencari populariti atau apa sahaja melambangkan UMNO BN semakin sampai ke penghujung hayat. Langkah berani Muhiyiddin Yassin ini dikira akan mempercepatkan lagi jangka hayat UMNO dipendekkan.

Kita jadi semakin pelik, dikala isu PPSMI belum juga nampak penyelesiannya TPM mengemukakan satu lagi cadangan yang menampakkan kegelojohan UMNO. Pemimpin menjadi 'gila' bagi mengemukakan idea. Pemimpin 'gila' mencari polimek, pemimpin menjadi 'gila' seperti sajak Dinsman. Jadi pemimpin Gila. dan macam Orang Gila.

Sebenarnya, Muhiyddin sendiri menggali kubur, usul pemansuhan PPSMI datang daripada UMNO Johor, malah Umno bahagian Muar sendiri yang diketuai oleh Timbalannya sendiri Dr Fuad Darkashi kuat menentang supaya PPSMI dimansuhkan. Inilah pemimpin UMNo semua jadi gila.

Baik buruk lulus bahasa inggeris, apa tujuan dan matlamat pun kita tidak faham ?

No comments: