Monday, June 08, 2009

Kerajaan Perpaduan dgn UMNO :Minta selesaikan segera !!

Artikel Pilihan

HARI INI

PAS celaru

Penubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO adalah “mengarut”. Kita sudah buat keputusan menyokong Pakatan Rakyat dalam muktamar Pas yang lalu. Kalau nak berunding dengan UMNO, tak usah” - Nik Aziz Nik Mat
Pakatan ini perlu dibentuk bagi menyelesai masalah dalaman negara secara menyeluruh. Usaha itu menunjukkan Pas mengamal dasar terbuka selaras dengan prinsip demokrasi” – Abdul Hadi Awan

Di bawah 'PAS Celaru' media mengambil kesempatan yang diidam-idamkan bagi menegakkan agenda mereka. Hati kecil pengamal media adalah kerja mereka adalah menimbulkan polimek dan kesangsian. Pendokong dan penyokong PAS semakin resah, bilamana dua pimpinan besar yang dikagumi selama hari ini bertentangan pendapat secara terbuka melalui medan yang dibenarkan.

Di kalangan pimpinan yang ada tiada siapa yang dapat meredakan pandangan kedua-dua mereka kerana masing-masing ada pengikut dan pendokong idea mereka. Ada kalangan ulama ada juga kumpulan profesional. Adakah pertelagahan kedua pimpinan besar ini akan mengulangi kembali peristiwa Zaman Asri-Muhammad Nasir, jawapannya hanya masa sahaja.

Kita sebagai ahli biasa hanya mampu berdoa agar kedua pimpinan besar PAS berlapang dada menyelesaikan perselisihan pandangan tersebut, yang mana satu ketika nampak macam hampir selesai bila Nik Abduh anak TGNA dalam blognya 'membelasah' pembantu ayahandanya kerana membat kerja-kerja bodoh belum berakhir.

Justeru, kita minta pimpinan yang sedia ada yang mempunyai kuasa 'damai' dapat meleraikan 'pertelagahan' dua insan yang kita sayangi ini.

1 comment:

Unknown said...

hadi, stopa ali, nasha, hassan ali karutt!!mengarut!! PAS Trg and PAS Selangor gila kuasa!!