Muktamar PAS ke 55 sudah melabuhkan tirai pada hari semalam Ahad 7 Jun 2009. Bersaksikan puluhan ribu hadirian. Muktamar bertema Islam Memimpin Perubahan telah mencuit pelbagai pihak.
Hari ini media cetak milik pemerintah memberi sorotan khas pelbagai dimensi kutipan pandangan pimpinan bawah pertengahan atas dan juga Pakatan Rakyat. Media milik UMNO sebenarnya tidak ikhlas, mereka mencanaikan kembali idea kerajaan perpaduan, kerjasama UMNO PAS, kumpulan Endorgan tidak diterima, perwakilan memilih kepimpinan ulama dan bermacam-macam lagi sehingga menyesakkan semua pihak termasuklah dalam PAS sendiri yang semakin sesak dan senak.
Media hari ini, meuar-uarkan PAS menawarkan diri memimpin Pakatan, hujahnya diambil daripada mukadimmah tema ucapan dasar presiden, disokong dengan hujah perwakilan Perlis PAS jangan jadi 'tunggul' dalam PR dan kuda tunggangan PKR atau DAP. Hujah ini dikupas dengan baik, diajukan kepada pimpinan PKR dan DAP, maka pelbagailah pandangan yang mana akhirnya 'mengocakkan' kerjasama dan gugatan inilah yang dimahukan, daripada ulasan Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Nga Kor Ming serta Lim Guan Eng semuanya dikutip bagi menguatkan 'kecelaruan' fikrah dalam Pakatan Rakyat.
Walhal jika diteliti sekali lagi ucapan Tn Guru Presiden, Islam Memimpin Perubahan sudah lama ditawarkan kepada dunia dan idea ini sudah lama di bawa, cuma diperbaharui sahaja dari semasa ke semasa, bagi mereka yang mengikuti perkembangan PAS dan Islam tidak terkejut. dan itulah yang dimahukan oleh agama. islam tidak boleh mengekori tetapi dia hendaklah diekori oleh lain-lain isme. Pemahaman idea ini adalah tidak payah dan susah, maka sekali diteliti ucapan presiden PAS semua pimpinan Pakatan Rakyat jangan;ah terkejut beruk.
Ini adalah semata-mata permainan media, telunjuknnya lurus kelingking mereka mesti berkait. Kita jadi pelik kali ini media elektronik dan media cetak jadi mesra dan jadi juru lapor perjalanan muktamar, maknanya sesuah 52 tahun merdeka, media baru separuh merdeka dan merdeka mereka juga belum masak.
Media Malaysia jadi suka bilamana Pakatan Pembangkang jadi kucar kacir, mereka bersengkongkol dan mahu hidup lagi bawah pemerintahan kerajaan UMNO BN yang bobrok dan semakin reput. Mereka dokong kerajaan yang ada sehingga rebah gamaknya ?

No comments:
Post a Comment