Monday, June 15, 2009

Nizar usah malu, anta dijalan benar ?

Tiba-tiba Nazri Aziz menteri di JPM yang bertanggungjawab menjaga soal kehakiman negara bersuara. Katanya tindakan 'menjerit' Bubarkan DUN adalah perbuatan memalukan. Bagi kita kita rasa malu juga, tapi malunya biarlah bertempat.

Tindakan Nizar adalah betul. Sesudah beliau mengadukan kepada semua pihak yang perlu diadukan . Aduannya tidak 'dilayan' malah ditertawakan. hatta Najib sendiri bertindak memalukan negara melalui tindakan desparado. sepatutnya apabila badan kehakiman menjernihkan isu yang dimalukan itu, rakyat rasakan ia akan berakhir tetapi mahkamah rayuan yang bersidang secara pelik tanpa menjalankan prosiding nampak macam mahkamah yang berkecuali boleh memakai terus pembatalan Nizar sebagai MB Perak yang sah.

Tindakan Nizar itu adalah betul. Memberi kejutana bahawa semua rakyat berada dibelakang beliau. Tindakan sebahaagian pimpinan negara rata-rata beragama Islam dan beramal dengan keislaman masing-masing, memberi gambaran 'memalukan' kepada yang bukan islam di negara ini. Mereka menyangka begitulah islamnya daripada tindak tanduk pimpinan UMNO. islam amalan pimpinan UMNo adalah islam cari makan, islam boleh untung.

Tindakan Nizar itu adalah betul. Untuk memberi tahu dunia di dewan mulia dan agung itulah semua hal ehwal eksekutif diperbincangkan. Ia dapat membuka mata semua bahawa perjuangan beliau bersama-sama rakan tidak berakhir. jangankan kendur dan berakhir tetapi semakin bersemarak.

No comments: