Monday, June 15, 2009

Orang Sabah ajar orang Kelantan berpolitik ?

Orang Sabah mengajar orang Kelantan yang kalah untuk berpolitik dan meraih kembali kemennangan. Manek Urai juga memberi gambaran memalukan UMNO Kelantan. Bila mana Dato Shafie Afdal selaku Naib Presiden baru UMNO 'datang mengajar ' orang Kelantan menawan kerusi Manek Urai.

UMNO Kelantan tidaklah bolehh rasa kecil hati, marah dan sebagainya. Dari segi buktinya Kelantan hanya menyumbangkan beberapa kerusi Parlimen dalam membentuk kerajaan Malaysia bawah BN. Sebaliknya negeri Sabah bawah Shafie Afdal penyumbang terbesar atau survival masa depan kerajaan bagi negeri Bawah Bayu ini.

Justeru, wajarlah beliau datang 'mengajar' Mustapha cara-cara berpolitik dengan betul, cara-cara mendekati dan memenangi hati rakyat bawah dengan sebenart-benarnya. Agar Dato Mustapha dan UMNO Kelantan dapat menghayatinya. Istulah sebab beliau terpilih melancarkan jentera pilihanraya Manek Urai.

Pembangkang semakin terdesak

Oleh Wan Faizal Ismayatim
wfaizal@bharian.com.my


MOHD SHAFIE (kiri) pada majlis pelancaran jentera pilihan raya kecil BN Manek Urai di Sekolah Kebangsaan Peria, malam kelmarin sambil diperhati Mustapa (kanan).

Mustapa dedah pemimpin Pas meminta ahli mengganas pertahan Manek Urai

KUALA KRAI: Umno Kelantan membidas tindakan pemimpin Pas negeri ini yang meminta ahli parti itu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dengan apa cara termasuk melalui pertumpahan darah dan kehilangan nyawa.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, berkata kenyataan pemimpin Pas dalam satu ceramah di Manek Urai, malam kelmarin jelas menunjukkan Pas kini terdesak hingga sanggup meminta ahlinya berbuat apa saja demi kepentingan politik.

Tanpa mendedahkan nama pemimpin Pas itu, beliau sangat dukacita kerana pilihan raya kecil bertujuan memilih pemimpin yang dikehendaki rakyat dan bukan medan peperangan' menumpahkan darah.


No comments: