Monday, June 15, 2009

Memalukan: penghakiman bias ?

Berbahas dengan penghakiman berat sebelah adalah terlalu amat payah. Penafsiran undang-undang manusia sentiasa bias. Itu adalah lumrah, bergantung kepada siapa yang kita biaskan dan siapakah kita itu sendiri.

Hari ini kita janganlah pelik dan hairan sangat. Kerana undang-undang kita sentiasa ditafsirkan mengikut 'acuan kita'. Acuan kita boleh tuan-tuan fahami. Sememangnya lah jika berlaku kekosongan sesebuah kerusi yang nyata mati, tidak nyata (manipulasi) surat orang masih hidup (bila kena beli) akan berdolak dalik. Lebih-lebih yang kena beli itu jenis membelit juga. Inilah masalahnya.

Kita pun tahu dan bersetuju, SPR berperanan penuh memaklumkan bahawa sesuatu kerusi kosong. Dengan makluman dan makumat ada SPR isytihar. Jika tiada makluman dari speaker dari siapa , mungkin ketua UMNO Bahagian kot. Minta SPR pinda perlemebagaan sahaja lah senang, jangan lah berdoak dalik lagi.

Itulah sebabnya lama dah dicadangkan supaya SPR , SPRM (BPR) , PDRM dan badan kehakiman biarlah menjadi badan bebas dan berkecuali macam ASEAN.

Kita faham, bila laporan penghakiman keluar dengan hakim tidak bebas sepenuhnya. Media massa terus merogol sama dengan sama-sama menghancurkan institusi ini dengan rakus. Yang penting bagi mereka survival UMNO BN bertahan dan kantung, pangkat mereka terus kekal dengan perlakuan mereke ini.



Bidang tugas SPR untuk isytihar kekosongan kerusi, bukan Speaker

15/06/2009 5:01pm

PUTRAJAYA 15 Jun — Ia merupakan bidang tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan bukannya speaker Dewan Undangan Negeri Perak, untuk mengisytiharkan sama ada berlaku kekosongan kerusi atau pun tidak, demikian diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nik Hashim Nik Ab Rahman, dalam penghakiman setebal 20 muka surat, berkata mengikut Seksyen 12(3) Akta Pilihan Raya 1958, SPR akan memastikan wujud kekosongan kerusi sebelum mengeluarkan writ pilihan raya kecil.

Oleh itu, speaker tidak boleh campur tangan dengan tugas perlembagaan SPR untuk memastikan sama ada berlaku kekosongan biasa.

“Mengikut Perkara 36(5) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, dibaca bersama dengan Seksyen 12(3) Akta Pilihan Raya, SPR yang mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan berlaku kekosongan biasa, kata Hakim Nik Hashim dalam penghakiman bertarikh 8 Jun, penghakiman terakhirnya sebelum beliau bersara pada 1 Julai.


Justeru barulah kita rasa malu dan aib dengan keputusan penghakiman begini. Wahai Nazri Aziz yang bebal.

“Oleh yang demikian, kami sebulat suara memutuskan bahawa keputusan speaker yang mengisytiharkan kekosongan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah tidak mengikut undang-undang dan dengan itu tidak sah dan batal kerana keputusan itu bercanggah dengan Perkara 36(5) Undang-undang Tubuh Negeri Perak,” katanya.

Salinan penghakiman itu diedarkan kepada media hari ini. - Bernama


No comments: