Penafian Nizar serta laporan akhbar terhadap Jamaluddin dan osman adalah benar dan tepat. tetapi percayalah mereka akan terlepas dari hukuman, lebih-lebih lagi sudah berjaya menghuru-harakan negeri Perak.
Sepatutnya orang ramai yang kuat membela dan terasa hati dengan DSAI minta benar Chin peng balik ke Malaysia diISAkan. Maka 3 ekor ADUN inilah dengan pimpinan UMNO Peraklah yang jadi dalang 'huru-hara' negera patut ISA.
Mana dia prisip Rukunnegara, mana dia amalan orang yang berpegang dengan prinsip ini. Keluruhan Perlembagaan bersama Kesopanan dan Kesusilaan itu. Cakap tidak sama lo, macam apa yang dibikin.
Media mencari simpati rakyat, agar akhir dapat mengiakan tindakan 2 malaun ini. Lompat ke dalam UMNO maka semua jadi betul, semua dengan UMNO akan jadi baik dan betul belaka-laka.
Justeru itulah rupa bentuk UMNO sebenarnya. kaki auta dan pembelit, pemusnah semua legasi institusi dan komponen khakiman, perajaan, dan per-- per--- yang lain.
Pembangunan tanah Perak bukan portfolio tertuduh
IPOH: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu pembangunan tanah di Perak adalah di bawah portfolio Menteri Besar dan bukan portfolio dua bekas Exco Perak iaitu Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering dan Jamaluddin Mohd Radzi (ADUN Behrang).
Saksi pertama pendakwa, Setiausaha Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Perak, Abdulah Antong Sabri berkata Mohd Osman sebelum ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Badan Bukan Kerajaan manakala Jamaluddin Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perdagangan.
Justeru, katanya, semua fail pembangunan tanah mesti dilihat oleh Menteri Besar terlebih dahulu sebelum dibawa ke mesyuarat mingguan Exco untuk keputusan dan semua Exco terbabit untuk membuat keputusan bersama.
"Kertas MMK pembangunan tanah seperti perumahan, industri dan projek berbentuk pembangunan tanah mesti dibawa dan diputuskan dalam mesyuarat itu oleh semua ahli Exco yang diwajibkan hadir dan terbabit secara bersama untuk membuat keputusan di dalam mesyuarat," katanya.
Beliau berkata demikian semasa perbicaraan hari pertama kes rasuah berkaitan projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar membabitkan dua bekas ahli Exco berkenaan dan empat yang lain.
Abdullah yang juga Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berkata, semakan beliau menunjukkan tidak ada kertas kerja pembangunan tanah di Seri Iskandar telah dibawa ke mesyuarat Exco untuk keputusan tahun lalu.
Beliau bersetuju dengan saranan peguam Abdul Roni Rahman yang mewakili Mohd Osman dan Jamaluddin bahawa oleh kerana tidak ada kertas cadangan bagi pembangunan di kawasan tersebut maka perkara itu tidak pernah dibincangkan di dalam mesyuarat mingguan Exco mahu pun di peringkat pentadbir tanah dan pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak.
Katanya, semua kertas kerja pembangunan tanah disediakan oleh pentadbir tanah di mana tanah tersebut berada dan disemak serta dikemaskan oleh PTG Perak untuk perhatian Menteri Besar sebelum dibawa ke mesyuarat mingguan Exco.
Menjawab soalan balas Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Jazamuddin Ahmad Nawawi, mengenai apakah kertas kerja yang dibincangkan dalam mesyuarat mingguan Exco, Abdullah berkata mesyuarat mingguan Exco kebiasaannya akan membincangkan tiga komponen kertas kerja iaitu pembangunan tanah, kewangan dan urusan pentadbiran.
Katanya, 95 peratus daripada kerta kerja yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan membabitkan pembangunan tanah.
Sementara itu, saksi kedua pendakwa, Pengurus Sumber Manusia Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Sabariah Abdul Manan, ketika disoal Mohammad Jazamuddin berkata tugas Juruteknik PKNP, Ruslan Sahat adalah memantau kerja-kerja di tapak pembinaan termasuk kerja-kerja infrastruktur, sistem pembetungan, kerja cerucuk dan konkrit, pemeriksaan bahan binaan dan mendokumentasi dokumen kontrak.
Sabariah yang disoal balas oleh Abdul Roni bersetuju bahawa sebagai Juruteknik PKNP, Ruslan tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan berhubung pembangunan tanah di Perak.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menangguhkan perbicaraan ke pagi esok selepas Sabariah selesai memberikan keterangannya.
Mohd Osman, 58; Jamaluddin, 53; Ruslan, 47; dan dua orang lagi iaitu bekas Adun Bota daripada PKR Usaili Alias, 57; dan bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan, 46; didakwa melakukan kesalahan rasuah itu di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan di Restoran Kluang Station Cafe di Medan Istana, Bandar Ipoh Raya di sini, dan di Aquarias Restaurant & Bar, Tingkat 4, Summit Hotel, Bukit Mertajam, Pulau Pinang antara 14 hingga 19 Ogos tahun lalu.
Zul juga didakwa menerima rasuah seorang perempuan bagi tujuan mengadakan hubungan seks pada 8.10 malam 14 Ogos lalu di Sri Sayang Apartment di Pulau Pinang.
Tertuduh keenam, ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail, 30, yang dituduh menerima habuan rasuah seks di Sri Sayang Apartment pada 14 Ogos lalu untuk membantu seorang bernama Mohamad Imran Abdullah memperoleh projek pembangunan bersama di Bandar Baru Seri Iskandar membabitkan Majlis Daerah Perak Tengah dibicarakan secara bersama dengan lima tertuduh berkenaan.
Ruslan diwakili peguam Surjan Singh dan Yunos Ali; Usaili diwakili Ting Chek Meng dan Ranjit Singh; peguam S Muthu dan Mohd Asri Othman masing-masing mewakili Zul dan Fairul Azrim manakala Mohammad Jazamuddin dibantu oleh Nafhatun Mohd Pozi. - Bernama
No comments:
Post a Comment