Monday, June 08, 2009

MACMA: Pesatuan Cina Islam seMalaysia NGO hebat














Krisis Perak membuka dimensi baru, di kesempatan semua pedokong dan penyokong PAS ke Stadium Malawati bagi menghadiri Muktamar PAS kali ke 55, penulis 'terpaksa' pulang ke kampung. Penulis selama 4 hari ini sekadar dapat mengikuti perkembangan muktamar melalui media arus perdana yang cenderung 100 % kepada parti pemerintah.

Namun dikesempatan itu, penulis meloloskan diri ke satu majlis yang cukup bermakna. Majlis yang amat disukai oleh Tn Guru MB Kelantan kiranya pada firasat penulis. Pertamanya sesudah Tn Guru MB Kelantan acap kali selama 20 tahun memerintah Kelantan . Beliau merintis lawatan ke China, beliau juga turut membawa orang Cina Malaysia ke negara China, apa yang dimahukan oleh Tn Guru tentang Islamnya selain lain-lain hak sampingan. MB Kelantan berusaha berdakwah kepada orang China dalam regional Malaysia dan kawasan local Kelantan. Tn Guru cetus binakan sebuah masjid bersenibina China , yang kini sudah ada di Kelantan.

Usaha Tn Guru akhirnya membuka mata kerajaan negeri lain, kini Perak mengikut jejak Kelantan. Masjid dalam proses perancangan ini juga berkonsepkan senibina China, bakal di bina dalam komuniti masyarakat Cina di Taman Tasek ipoh, para ahli jawatankuasa adalah terdiri daripada Cina Muslim Malaysia, dan termasuk pengerusi Persatuan Cina Muslim SeMalaysia (MACMA) Cawangan Perak Dato Dr Abdullah Ang (share holder) Ipoh Specialist Hospital.

Turut hadir bersama beliau adalah seramai 40 orang imam daripada China yang dibawa khas oleh Persatuan Cina Muslim SeMalaysia. Mereka ke Ipoh bagi tujuan beramah mesra serta 'menjual' Islam kepada masyarakat setempat (bukan Islam khasnya Cina Ipoh).


2 comments:

Unknown said...

Asslam....terimakasih diatas sokongan tuan.Ada sedikit pembetulan yaitu nama pengerusi MACMA Ipoh Dato'Dr Hj Fadzli Cheah B Abdullah dan jumlah bilangan imam cina yang hadir pada hari itu adalah seramai 20 orang. Minta maaf kerana terlewat memberitahu perkara ini disebabkan saya baru terjumpa blog tuan. Dari hafiz Ng(Timbalan Pengerusi MACMA Ipoh). My Blog www.macmaipoh.blogspot.com dan www.hafizng.blogspot.com

mujaheedin said...

ingin berkongsi dengan semua...terasa gembira apabila melihat pemuda2 cina dari negara china telah datang ke Malaysia untuk belajar di madrasah dan mengikuti sistem madrasah... :)