Sunday, June 14, 2009

Manek Urai: Terima kasih atas pesanan takut keliru

Malam ini berita TV dapat lonjakan lagi. Berita terbarunya mensensasikan PRK Manek Urai. Memetik isu kerajaan perpaduan dan menghujahi kenyataan PPP(Kelab Penyokong PAS) iaitu Sdr Yap agar katanya mohon minta pimpinan PAS yang menyetujui idea kerajaan perpaduan itu 'jangan datang-datang ke Manek Urai. Hujahnya takut para pengundi 'terkeliru'.

Terima kasihlah kepada TV3, kerana tidak mahu kelirukan pengundi. TV3 cukup perihatin sangat atas rakyat Kelantan Maek Urai. katanya takut mereka keliru bila datang pimpinan PAS perpaduan. Jawabnya jika pengundi itu adalah pengundi PAS mereka sudah ada pendirian. Sebaliknya jika ianya pengundi totok UMNO tentulah mereka akan mengundi PAS kerana PAS sudah jadi baik dengan mereka. Mana mungkin mereka keliru, sedangkan mereka penyokong PAS. Ke takut hilang sokongan sebalik mereka tidak mahu ke 'kerajaan perpaduan' tajaan UMNO. Sahlah mereka akan kuat menolaknya.

Inilah hujah yang nampak tidak masuk akai langsung, pemberitaan yang membodohkan diri mereka sendiri (TV3). Pengundi mana yang nak keliru, kalau jkeliru sungguh tu buka pengundi PAS tentulah para penjuhalat UMNO BN kerana meraka mahu dan hendak sangat akan kerajaan perpaduan dan mereka akan sokong, maka tentulah sokongan kepada PAS akan bertambah. PAS neraih undi UMNO yang sokongkan kerajaan perpaduan itulah.

Kita pun tidak tahu apa maksud pengundi keliru, siapa yang nak keliru. kalau pengundi PAS keliru nampak sangat yang mereka mulai mahu ambil berat, cakna sangat tu, alahi selama hari ini memang kerja UMNO dan media mahu mengelirukan pengundi. Para pengundi yang keliru itulah yang mereka mahu, mereka kelirukan perjuangan PAS, mereka keliruan bantuan, mereka kelirukan soal perpaduan, mereka kelirukan bermcama-macam perkara. Dan yang terbesar mereka kelirukan ISLAM. Ada Islam PAS dan ada Islam teulen dari ALlah. Maknanya Islam PAS bawa dikelirukan adalah Islam ala PAS.


No comments: