Monday, June 15, 2009

PAS dan masa depannya ?

Menarik bila Menteri Mentor Singapura LKY bertemu TGNA. Perisitiwa yang bersejarah yang membawa sukaduka dalam politik negara kita. Pandangan serong LKY terhadap PAS sejak bermula negara ini terbentuk bilamana PAS ditubuhkan.

Ini bukanlah bermaknanya segala-gala akan berubah bilamana persepsi LKY berubah. Maksudnya LKY mengambil masa lebih 50 tahun barulah hilang persepsi nya terhadap PAS. Persepsi rakyat Malaysia contohnya meletakkan PAS parti lebai yang boleh diurus dan menjadi bidang specialnya adalah soal hukum hakam agama dan bab agama sahaja, memerintah negara akan huru hara tungganglanggang jika PAS mnemrintah. Doktrin atau persepsi PAS sebegini bukan hanya ada pada LKY, tetapi ada pada kebanyakan orang dan ramai rakyat di negara ini. Lebih-lebih lagi waktu itu PAS rata-rata majoriti didokongi para lulusan agama. Maka kuatlah persepsi terhadap PAS itu. Justeru berjuanglah PAS hari ke hari, tahun ke tahun, dasarwarsa ke dasarwarsa. Hasilnya begini berkat usaha kesabaran dan istiqomah mahu merealisasikan perjuangan yang diteruskan dari generasi ke generasi pengikut dan kepimpinannya.

Oleh itu, adalah sesuatu yang luarbiasa bilamana LKY membuat kunjungan hormat. PAS mula diterima, PAS diakui secara langsung berperanan, dan PAS mula didekati kawan dan lawan. Maka masa depan PAS cerah..

No comments: