Sunday, June 14, 2009

UMNO: Kaya Slogan, Kaya ..?

Trade mark UMNO adalah slogan-slogan. Bila sahaja berlaku perubahan pucuk pimpinan parti maka pimpinan utama parti berkenaan akan berlumba-lumba mengagendakan diri masing-masing dengan trade mark tertentu. matlamat akhir mereka akan dikenang dan dijasai oleh negara kerana slogan yang dibawainya tersebut. Maka berlumba-lumba lah pihak-pihak bawah jasamu Dikenangkan akan terus mengenang mereka. Mereka mahu sejarah slogan ini akan dibukukan maka sekaligus nama mereka akan terpahat bersama-samanya.

Sejarahnya yang paling ketara bermula dari era Dr M, kemudian trend itu diikuti oleh Pak Lah dan terkini diwarni oleh Najib, dengan berperanan dan mengambil tugas serta tanggungjawab mencipta dan mempopularkan slogan-slogan tertentu. Yang muluk-muluk mahu membuai rakyat serta mempesonakan rakyat sambil melekakan merak. Giliran Najib pula kini membawa slogan atau 'gagasan' 1Malaysia.

Justeru riuh rendahlah satu Malaysia, para cendiakiawan, cerdikpandai, media massa arus perdana mengadakan wacana minda bagi membahaskan perincian slogan berkenaan untuk 'dihidangkan' kepada rakyat. Berlumba-lumba mahu mengisi 'kantung' gagasan 1Malaysia.

Namun dalam kekalutan tersebut, komponen rakan BN menuntut itu ini dan ia amat mengejutkan diri UMNO dan PM sendiri yang belum sedia menterjemahkan idea serta teras mahupun strategi 1 Malaysia yang diuar-uarkan PM.



1 comment:

romeo said...

Aku dah meluat slogan pemimpim umno,ganti siapa pun ubn,semuanya penyamun,perompak, pembunuh,last anak bini yg kaya raya.memang dasar beruk.kita rakyat yg merana.