Wednesday, June 10, 2009

Malaysia : gagal urus manusia dan kemanusiaan dgn baik ?

Malaysia ambil mudah dan gagal dalam mencakna , menguruskan kebajikan manusia. Walaupun berjaya menghantar bantuan misi kemanusiaan ke luar negara. Maknanya kerajaan Malaysia gagal mengurus dengan baik negara dari segi manusia dan kemanusiaannya. Maksudnya Malasyia sudahpun gagal fasa manusia saja. Apatah lagi mempertahankan kemanusiaan berserta keislaman umat negara nya dan umat Islam lain yang berada atau bekerja di negara ini.

Kini bangkit kembali penderaan melampau majikan ke atas pembantu rumah. Situasi tetap sama juga iaitu pembantu rumah warga Indonesia (tentu beragama islam) bekerja dengan majikan bukan islam. Dia telahpun didera secara melampau. Kita masih ingat segar dengan kes Banot yang menggegarkan hubungan antara dua negara tertangga Malaysia Indonesia. Janganlah menaganggap kes ini sebagai kes-kes terpencil sahaja. (gambaran sikap pemimpin negara kita yang mudah lari daripada tanggungjawab dan rasa pertanggungjawaban isu tersebut)

Sepatutnya kerajaan Malaysia membuat peraturan ketat, membuat pemantauan teliti tentang tatacara daripada bentuk perkhidamatan yang mahu ditawarkan teristimewa dalam isu pembantu rumah ini, ditangani serta diurustadbir secara cermat dan berhati-hati. Kita sering dengar aduan, laporan, pendedahan terbuka media bagaimana para pembantu rumah warga asing didera dari segi emosi, fizikal. gangguan seksual, gangguan aqidah, dan bermacam-macam yang mencabar minda kita. Selama ini kerajaan kita gagal tangani dengan baik, hanya keadaan sahaja yang menyelesaikan keadaan kes-kes serius berlaku.




No comments: