Menjadi orang terkenal di dunia sering mendapat perhatian dan liputan. Begitulah juga dengan isteri Obama, walaupun yang menjadi Presiden AS itu adalah Barak Obama Hussin, tetapi semua benda yang menyangkut Obama akan turut mendapat perhatian.
Inilah satu gambaran contoh isteri seorang pemimpin yang pandai membawa diri dan menjaga imej suami dan membantu suami dalam menguruskan negara. Bukannya isteri-isteri orang ternama mengaut dan mengayakan diri mereka. Maknanya kehidupan mereka bukannya semakin mewah tetapi semakin payah.
Bandingkan dengan isteri pimpinan dan menteri-menteri di negara kita. Lihatlah sahaja dari segi pakaian, lihat rambut jika yang tidak bertudung berapakah nilai dan jumlah wang yang mereka belanjakan. tentulah kita semua faham dan tahu sendiri.
Maka jelaslah contohi Barat yang diteladani isteri dan kepimpinan negara kitasedia ada bukan dari sudut positif amalan tetapi sebaliknya.
Isteri Obama pesan stik lembu £9.15
LONDON - Beberapa pekerja sebuah restoran biasa di sini terperanjat apabila premis mereka menjadi pilihan Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS), Michelle Obama untuk makan malam bersama dua anaknya, lapor sebuah akhbar semalam.
Restoran Audley yang terletak hampir dengan Kedutaan AS di sini menerima kunjungan Michelle dan dua anak perempuannya bersama sepasukan pengawal peribadi kelmarin.
Keluarga Wanita Pertama AS itu sedang menikmati percutian tidak rasmi di London selama dua hari tanpa Presiden Barack Obama yang pulang ke Washington selepas menghadiri satu upacara peringatan Perang Dunia Kedua di Perancis pada Sabtu lepas.
Walaupun London memiliki banyak restoran mewah, Michelle memilih pub tradisional yang menawarkan harga berpatutan itu untuk membawa dua anak perempuannya, Malia dan Sasha yang masing-masing berusia 10 dan 8 tahun makan malam.
Kanak-kanak itu memilih hidangan ikan bersama jejari ikan yang berharga £7.95 (RM45) dan ibu mereka pula memesan stik lembu berharga £9.15 (RM52).
Sebelum hidangan utama tiba, Malia dan Sasha menjamu selera dengan keju dan Pepsi Cola manakala Michelle, 45, minum wain dan pasukan pengawal peribadi mereka pula memakan burger.
"Kami menerima tempahan untuk 15 orang tetapi tidak menyangka Wanita Pertama AS akan menjadi tetamu kami," kata seorang pelayan Cintia Pinto, 24. - Agensi
No comments:
Post a Comment