Seperti yang kita kenal dan seperti gambaran media terhadap wajah dan watak utama Presiden PAS Hj Hadi awang satu masa dahulu diwajahkan KERAS dengan sikap pendirian dan apa-apa sahaja terhadap musuh politik PAS iaitu UMNO kini menjadi lembik, kendur dan nampak mahu melutut. Satu ketika dulu UMNO dan media popularkan watak keras Presiden PAS dengan menyebarkeluarkan Amanat Haji Hadi yang terkenal disaentero Malaysia. Hujah orang biasalah akan menyangkal dengan berhujah dengan hujah "bila sekali air bah tentulah pantai berubah."Begitulah sikap dan pendekatan TGHH terhadap UMNO.
Semalam Mustafa Ali menyeru semua orang tutup mulut, jangan bercakap lagi soal Kerajaan perpaduan. Memanglah bagus, kita setuju tetapi selagi ada media, selagi ada wartawan, selagi ada saluran alternatif isu kerajaan perpaduan payah mahu ditutup kesnya. Sebab itulah idea ini perlu dimasakkan terlebih dahulu peringkat rumahtangga kita sendiri dengan jiran-jiran terdekat sahabat pakatan kita, kemudian barulah boleh dilontar dan dicampakkan.
Sekarang dalam rumahtangga kita sendiri anak-anak tidak tahu apa isi kandungan , contents kerajaan perpaduan. maknanya ayah kena jelaskan ke mana kita nak tuju selepas ini , nak berkelah nak membaca kitab mengaji menadah itu ini buat itu buat ini dan bermacam-macam lagi.
Kini kita hanya terfokus secara langsung dengan kerja yang kita sendiri sengaja cipta. Sepatutnya hala dan tuju kita mendasar ke lapangan sebenar menarik rakyat kepada PAS dan PR bagi memperkasakan gabungan kita, merapatkan jurang perbedaan sesama pakatan dan memperteguhkan titik persamaan disamakan dan kecilkan jurangnya. Sebaliknya isu ini nampak pakatan gabungan kita menjadi semakin melebar, bukan sahaja dengan orang luar tetapi sesama pimpinan PAS dan juga sesama ahli PAS. Proksi dan memihak serta cenderung dan condong kepada pandangan tertentu tidaklah boleh disekat atau dihalang. inilah harga yang perlu dibayar oleh PAS jika mahu teruskan agenda kerajaan perpaduan ini.
Kita semua sayangkan PAS, sayangkan PR. Idea Kerajaan Perpaduan mengundang perpecahan dalaman PAS yang serius, mungkin satu lagi petaka dan satu lagi ujian Allah dalam menyaring para pejuang di jalanNya. Kita tunggulah dan saksikan kali ini siapakah yang akan gugur di tengah medan perjuangan.
Karpal gesa Pas nilai semula kedudukannya
KUALA LUMPUR 10 Jun - Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh (gambar) hari ini meminta Pas menilai semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang berikutan hasrat parti itu untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO.
Menyatakan kesabaran parti itu ada hadnya, Karpal berkata, Pas tidak sepatutnya meneruskan agendanya itu yang akan menjejaskan lagi pakatan pembangkang.
Hasrat Pas untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO merupakan penentangan serius terhadap keikhlasan yang diharapkan daripada Pas sebagai komponen pakatan pembangkang, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Karpal berkata, Pas sepatutnya sedar bahawa ia bukan parti dominan dalam pakatan pembangkang kerana hanya mempunyai 24 kerusi di Parlimen berbanding dengan 28 kerusi yang dipegang DAP dan 31 kerusi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Katanya, Pas sepatutnya tidak bersikap keterlaluan dengan membuat kenyataan, terutamanya melalui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO.
Karpal turut menafikan kenyataan Abdul Hadi bahawa DAP bersetuju dengan cadangan mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO seperti yang dinyatakan secara terbuka oleh Abdul Hadi.
"Hadi memilih untuk mengelirukan bukan sahaja anggota dan pemimpin Pas tetapi juga rakyat. Secara terbuka mengaku telah menipu rakyat tidak akan memberikan kelebihan kepada Hadi," katanya.
Mengenai kritikan Pas terhadap Sisters-In-Islam (SIS), Karpal berkata, tindakan itu tidak akan menjadikan Pas lebih disayangi oleh mereka yang menyokongnya dalam pilihan raya umum Mac lepas dan begitu juga dengan desakan Pas supaya wartawan wanita yang membuat liputan Muktamar Ke-55 parti itu baru-baru ini berpakaian 'sopan'.
Bagaimanapun, pendirian pemimpin Pas bahawa Malaysia akan dijadikan sebagai negara Islam sekiranya parti itu berkuasa, merupakan sesuatu yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang secara spesifik menetapkan Malaysia sebuah negara sekular dengan agama Islam sebagai agama rasmi, kata Karpal. - Bernama
Idea yang tiba-tiba muncul, keluar dan diperkuatkan kembali seingat penulis oleh Siasah. Ada nya awal tetapi disemarakkan selepas sidang media TGHH di Temerloh. Selepas beliau menyampaikan ucapan Pembukaan Expo Penerangan PAS Kawasan Temerloh tempoh hari.
No comments:
Post a Comment