Wednesday, June 10, 2009

Lagi Isu Unity Goverment: Hayati Tluisan Sayuti Omar

Menyorot tulisan penganalisi politik veteran Sayuti Omar bawah Unity Goverment Menyengat PAS. Nampaknya Sayuti 'marah' dengan kepayahan dan ketidakmahuan pimpinan tertinggi PAS memahami termasuk TGNA sendiri.

Beliau menyerang TGNA dengan meletakkan Nik Aziz orang lama dan USANG dalam politik masih kabur sementelahan ahli-ahli yang dangkal lagi sejengkal ljangkauan politik dalam negara ini. Sayuti menidakkan kemahuan TGNA dan penyokong yang sewaktu dengannya. Inilah Sayuti Omar yang ku kenali melalui tulisannya.

Kita tidak mahu menelah tulisan Sayuti Omar ini, para pembaca sendiri boleh menilai sendiri nilaian Sayuti Omar terhadap TGNA yang pada pandangan Sayuti Omar sudah menjadi suasa dan bukan permata dalam PAS. TGNA bukan lagi liabliti PAS, tetapi terletak dalam lajer Kunci Kira-Kira Bawah Untung Rugi ...PAS


WALAUPUN isu Unity Goverment atau kerajaan perpaduan telah dijelaskan berkali- kali ianya bukan bermakna penggabungan Pas dengan Umno nampaknya ia bukan mudah untuk menyakinkan sesetengah ahli Pas. Cakap-cakap dan pentafsiran idea itu sebagai usaha untuk Pas bergabung dengan Umno masih diperkatakan.

Bukan saja ahli bawahan yang mudah dikeliru dengan isu berkenaan tetapi Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri masih menyebut isu berkenaan. Semasa ceramah umum sempena muktamar Pas beberapa hari lalu Nik Aziz masih menyebut dan mengulas mengenai isu berkenaan. Seolah-olah Nik Aziz sengaja tidak mahu memahami hakikat di sebalik isu itu.

Kalaulah orang seperti Nik Aziz yang sudah lama dan usang dalam politik masih kabur dan sukar untuk memahaminya apalah lagi ahli di bawah, makinlah payah untuk menerima apa juga penjelasan berhubung isu itu. Apa lagi dalam masa sama isu itu terus dihangat dan dihidupkan oleh orang-orang tertentu dengan tujuan yang tertentu pula.

Nampaknya isu ini pemimpin Pas bukan sepakat untuk menyelesaikannya sebaliknya lebih suka untuk bertegang leher sesama sendiri.

Abdul Hadi baik, Nasharudin Mat Isa baik serta pemimpin lain telah memperakui bahawa tidak ada niat untuk membawa Pas bergabung dengan Umno. Sebenarnya isu unity government sama sekali tidak pun disebut dalam ucapan dasar Abdul Hadi yang mempunyai 131 perkara dan memakan masa 1 jam 20 minit. Malahan Nik Aziz telah diberi taklimat khas berkenana isu itu oleh Abdul Hadi, Dr Haron Din dan juga Anwar Ibrahim yang mengunjungi MB Kelantan itu di Kota Bharu tidak lama dulu.

Jadi sepatutnya isu itu tidak perlu disebut-sebut dan dikenang lagi. Namun kerana orang merasakan dengan terus memainkan isu akan mendapat manfaat baginya, maka isu itu terus ditiupkan ke dalam sukmaa ahli-ahli Pas walaupun ianya bahawa kepada Pas. Manakala ahli Pas yang 'tohor angin' mudah menerimanya dan mungkin sedia untuk mengamuk bila diajak berbuat demikian.

Mungkin menyedari isu Unity Gorvenment ini masih hidup dan sukar dimatikan, pagi tadi Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas (JPP), Mustapa Ali telah memanggil satu sidang akhbar di pejabat agung Pas merayu agar isu itu tidak ditimbulkan lagi.

"Atas kapasiti saya selaku Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas saya merayu mana-mana pemimpin Pas dan pemimpin parti Pakatan Rakyat supaya tidak menyebut atau membangkitkan lagi soal kerajaan perpaduan ini," ujarnya.

Katanya buat masa ini isu berkenaan tidak relevan, dan apa yang penting kini semua pemimpiin Pas khasnya dan pemimpin gabungan Pakatan Rakyat sama-sama berpadu tenaga untuk menghadapi pilihan raya kecil Manik Urai yang akan berlangsung pada 6 Julai hadapan.

Memahami kata-kata Mustapa itu isu kerajaan perpaduan mungkin ia boleh memberi kesan kepada Pas dalam piihan raya berkenaan. Justeru beliau merayu sesungguh hati supaya cakap-cakap mengenai dihentikan segera.

"Saya minta kepada media massa kalau pun tidak mahu menyiarkan rayuan saya ini tetapi janganlah cuba mengelirukan kenyataan ini. Saya minta sungguh-sungguh," katanya.

Rayuan Mustapa itu dilihat satu permintaan yang tulis dari hatinya semata-mata ingin melihat pilihan raya kecil Manik Urai dimenangi oleh Pas. "Sekarang ialah masa kita memikirkan pilihan raya kecil Manik Urai, kita perlu berfikir macam mana hendak membenamkan UBN di Manik Urai dan bukannya mempersoalkan isu kerajaan perpaduan," tegasnya lagi.

Mungkin bagi ahli yang tulis dan ikhlas akan menerima seruan Mustafa itu demi melihat pilihan raya kecil Manik Urai itu dimenangi oleh Pas. Mustapa yakin ahli Pas dalam soal ini akan mengenepikan isu-isu sampingan lain dan akan menumpukan kepada pilihan raya berkenaan. Pilihan raya kecil Manik Urai sangat penting bagi Pas untuk menunjukkan kekuatannya apa lagi setelah Umno Kelantan kini sudah dipimpinan semula oleh Mustafa Mohamed. [wm.kl. 6:45 pm 09/06/09]

No comments: