Mencampuri dan mengulas rumahtangga PAS sememangnya kerja wartawan. Kekadang bacaan wartawan nampak lebih pandai menyusun organisasi tersebut berbanding dengan ahli-ahli penjawat organisasi berkenaan yang walaupun mempunyai kepala seramai 20 ke 30 ahlinya. Inilah hebatnya wartawan.Sementelah lagi jika organisasi itu melibatkan hak-hak dan kepentingan ramai dalam memacu dan mencorak masa depan mereka dan negara mereka. Itu adalah tidak salah daripada aspek etika nya.
Hari ini jawatankuasa PAS Pusat bermesyuarat kali pertama selepas sesi pemilihan pada muktamar kali ke 55. Justeru banyaklah rombakan dibuat dan bentuk-bentuk cadangan yang dicadangkan ke perjawatan penting parti itu mengikut percaturan dan selera wartawan, dan kadang-kadangan pandangan waratawan itu sudah dikira sebagai pandangan orang bawah atau akar umbi parti tertentu. Walhal ada kala nya sekadar analisis fakta wartawan sahaja. Dan kadang-kadang pimpinan pun juga turut terikut dengan pandangan dan nilaian media. Inilah namanya pengaruh media.
Ada juga cadangan dan teguran wartawan terhadap penjawat parti itu PAS umpamanya oleh kerana terlalu mesra media terkadang lebih cakap yang menampakkan lanjak daripada perahu berbanding pengayuhnya. Antaranya Mahfuz Omar Naib Presiden baru mencadangkan kepada media supaya Husam dan Mohd Sabu dilantik ke jawatan penting dalam parti, pandangan suara berkenaan di sokong oleh Sallehuddin Ayub yang juga Naib Presiden baru.
Yang bijaknya adalah Dato Tuan Ibrahim Tuan Man , beliau masih tidak bersuara kepada media soal kepimpinan parti. Mungkin ini adalah peranan besar dimainkan oleh pegawai media beliau. Karisma dan kewibawaan naib-naib presiden PAS perlu dijaga dn keberhati-hatian mereka dengan wartawan hendaklah dimainkan dengan cermat, ini kerana manipulasi media cukup kuat terkesan lama, lihatlah saja kes khalwat Mohd Sabu di Hotel Perdana KB sudah lama ia masih terkesan di sini sehingga mempengaruhi populariti pemilihan beliau ke jawatan naib presiden. Apalah lebihnya Sallehuddin Ayub berbanding Mohd Sabu, tetapi lebih Sallehhuddin beliau sentiasa merujuk segala tindakannya bila berdepan dengan media, maka nampaklah kehebatan Sallehuddin Ayub berbanding Abang Mat sendiri.
Justeru di masa depan pimpinan PAS kena memikir serius berhubung hubungan mereka dengan media. walapun sudah ada ketua penerangan yang lebih bersifat menerangkan hal ehawal parti

No comments:
Post a Comment