Wednesday, June 10, 2009

Kerajaan perpaduan : Reaksi Dr M !!

Lihat rasional pandangan Dr M. Ini bukanlah bermakna pandangan Dr M adalah segala-galanya dan segala-galanya pandangan Dr M. Unity Goverment hendaklah difahami dan bukan menjadi pilihan terakhir kita pembangkang bersama-sama berada dengannya.

Situasi negara kita belum lagi berada seperti apa yang berlaku di Palestine, keamanan sukar dicapai. Kedamaian dan kesejahteraan rakyat amat dituntut bagi menghadapi musuh nyata iaitu Israel.

Bagi kita di Malaysia suasan masih aman. Minta hentikan segera gerakan melontarkan idea kerajaan perpaduan. Kerana perpaduan tdak segala-gala dengan UMNO dan UMNO bukanlah segala-galanya.



Pembangkang perlu ada sebagai cermin kerajaan - Dr Mahathir

SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pembangkang perlu ada bagi memainkan peranannya sebagai "cermin" kepada kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada penutupan Muktamar PAS ke-55 di sini Ahad lepas, bagi penubuhan kerajaan perpaduan.

"Kalau nak buat negara satu parti ni, kurang sihat la, kita kena ada pembangkang, jika tidak kita tidak ada cermin nak tengok muka kita, cantik ke tidak," katanya dalam sidang media di sini semalam.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata idea kerajaan perpaduan yang dimaksudkan Abdul Hadi juga tidak jelas, sama ada ia dilakukan di antara PAS dan Umno atau Barisan Nasional (BN) dengan pakatan pembangkang.

"Dulu masa kita tubuhkan BN, kita jemput semua orang (parti) untuk menyertai dan yang tolak hanya DAP. PAS pun masuk jugak BN tapi kemudian kita terpaksa berpisah dengan PAS sebab dia guna kuasa dia dalam kerajaan untuk perkukuhkan parti dia bukan BN," katanya.

Ditanya bukankah perpaduan itu akan memberikan keuntungan kepada negara, Dr Mahathir berkata ia mendatangkan kebaikan jika kedua-dua pihak ikhlas melakukannya demi untuk negara.

"Tapi ahli politik ni kadangkala susah jugak nak ikhlas, saya ahli politik jugak tau," katanya sambil tersenyum.

Terdahulu, Dr Mahathir merasmikan kilang perintis Green Base Utama Sdn Bhd di Seksyen 28 di sini, yang mampu menukar barang buangan plastik kepada biofuel.

Pengerusi Green Base Utama, Tan Sri Abdul Halil Abdul Mutalib berkata kilang itu mampu mengeluarkan 5,000 liter biofuel sehari.

Katanya biofuel yang dihasilkan adalah lebih bersih kerana kandungan sulfurnya hampir sifar.

Beliau berkata biofuel keluaran syarikat itu dijual pada harga lebih rendah iaitu RM1.40 dan RM1.50 seliter berbanding harga bahan api yang terdapat di pasaran sekarang.BERNAMA


PAS perlu halusi cadangan tubuh kerajaan perpaduan - Muhyiddin

PUTRAJAYA: Cadangan PAS supaya kerajaan perpaduan diwujudkan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) perlu dihalusi semula memandangkan ia mendapat reaksi yang bercanggah daripada parti pembangkang yang lain.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata adalah lebih wajar sekiranya PAS mempunyai pendirian yang tetap berhubung saranan berkenaan memandangkan ia melibatkan kepentingan negara secara total.

Menurut beliau, aspek penubuhan negara bukan sesuatu yang enteng justeru pandangan semua pihak termasuk parti pembangkang yang lain perlu diambil kira.

"Adalah lebih baik sekiranya pihak yang menyuarakan idea ini tahu apa yang mereka mahukan kerana ia bukan perkara yang mudah.

"Ia melibatkan kepentingan negara dan perlu juga mengambil kira pandangan daripada partiparti pembangkang yang lain," katanya.

Muhyiddin menyatakan demikian ketika diminta mengulas reaksi berbeza parti pembangkang berhubung saranan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya kerajaan perpaduan antara pembangkang dan BN ditubuhkan bagi menyelesaikan segala kemelut politik yang melanda negara. Menurut Muhyiddin, kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan BN menerima dengan terbuka saranan itu adalah simbol kepada ketelusan dan kesediaan BN untuk membincangkan perkara itu dengan terperinci.

"Kita bersedia untuk berbincang dan bersikap terbuka tetapi kami dimaklumkan bahawa berlaku percanggahan pendapat antara pakatan pembangkang.

"DAP berkata mereka tidak dimaklumkan mengenai perkara ini manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula tidak bersetuju.

"Saya tidak pasti sama ada ini cuma idea PAS atau pakatan pembangkang secara keseluruhan.

"Bagaimana kita nak teruskan dengan agenda seterusnya jika mereka sendiri tidak sependapat," katanya. BERNAMA



1 comment:

Wak Labu Farm said...

Yang sangat tak setuju 'kerajaan perpaduan' tu cuma babi2 dari DAP dan beruk2 dari PKR sahaja.