Sebaliknya 'jeritan' PAS kini mula didengari, walaupun usianya sudah melepasi 50 tahun, ia adala ibarat gadis atau dara yang mula digilai oleh para teruna. Justeru apa sahaja usul dalam muktamar PAS, apa sahaja ucapan pimpinan PAS sekarang menjadi perhatian dan berita utama. Semua orang tertunggu-tunggu apakah penyudah atau penamat sesuatu yang PAS lontarkan ketengah masyarakat yang berbilang kaum di negara ini.
Kelmarin dalam muktamar PAS ke 55, majlis mesyuarat bersetuju sebulat suara agar sebuah pertubuhan NGO yang dinamakan Sister In Islam (SIS) diharamkan. Usul pengharaman SIS ini iaitu sebuah pertubuhan sukarela yang memperjuangkan hak-hak wanita terutama menfokuskan pandangan mereka terhadap apa sahaja 'rasa' ketidakadilan mereka terhadap wanita-wanita Islam hatta sanggup menyanggahi syariat Islam sekalipun atas nama kekebasan bersuara para pendokong. ia juga dikenali sebagai pengamal Islam liberal yang kini mula menular dengan rancak dalam masyarakat khas wanita Islam di Malaysia. Mereka juga memperjuangkan hak sama rata, kumpulan ini didokongi oleh semua golongan cerdikpandai wanita Islam di negara kita, mereka berpendidikan tinggi, dan peneraju pengerak utama adalah 3 anak bekas PM iaitu Nori Abdullah anak Pak Lah, Marina Mahathir anak Dr M, dan Suhaila Hussin anak Tun Hussin.
Paling ketara, mereka membawa aliran baru antara sikit masa dahulu 'menghalang' poligami dalam Islam. Asasnya berdasarkan kes-kes ketidakadilan , pengabaian ramai golongan wanita berkhawin teranaiya dan ditinggalkan suami dan lain-lain yang bersangkutan dengannya.
Hasilnya usul berkenaan terus mendapat perhatian media dan respon balas seperti mana yang tertera ulasan SIS sendiri. Kelmarin juga wanita DAP turut campurtangan minta agar PAS mengkaji semula usul berkenaan yang dianggap sebagai tidak relevan dengan apa yang PR perjuangkan.
Isnin Jun 8, 2009
PETALING JAYA: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Sisters in Islam (SIS) hari ini mengecam tindakan PAS meminta parti itu diharamkan jika perjuangannya bertentangan dengan syariat Islam.
Menurut Pengurus Program SIS, Norhayati Karpawi, PAS merupakan sebuah parti politik yang autokratik dan hipokrit dalam perjuagannya.
"PAS bersifat autokratik dan tidak mendokong prinsip demokrasi yang dilaung-laungkannya selama ini.
"Hal ini jelas bertetangan dengan prinsip kebebasan berpersatuan dan kebebasan bersuara yang diamalkan dalam kerajaan Pakatan Rakyat," kata Pengurus Program SIS, Nohayati Karpawi kepada mStar Online semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan usul yang dikemukakan oleh PAS kawasan Shah Alam pada Muktamar parti yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam.
Usul itu antara lain berbunyi menyedari bahawa aliran dan pandangan dibawa oleh SIS boleh mengelirukan masyarakat, mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya.
Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Hayati berkata PAS sering melaungkan isu mengenai kebebasan bersuara dan berpersatuan untuk kepentingan parti itu semata-mata.
"Jika mereka tidak setuju dengan perjuangan kita kenapa perlu minta kerajaan SIS. Hanya kerana kami perjuangkan hak wanita, kami dilabel sebagai bersikap 'feminis'..Ini tidak betul dan ada 'double standard' di sini..
"Mereka (PAS) tidak boleh membuat tuduhan melulu, mereka perlu buktikan jika perjuangan kami menyeleweng dari ajaran Islam," katanya.
Tegas beliau, hal ini menunjukkan parti itu bersifat 'angkuh' dengan meminta SIS diharamkan.
"Lihatlah mereka (PAS) belum dapat kuasa sudah begini, apa akan jadi bila mereka berkuasa nanti. Mereka akan gunakan nama Islam untuk membuat perkara-perkara lain pula.
"Parti gabungan dalam Pakatan Rakyat seperti, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu buat pendirian yang jelas dalam isu ini kerana pendirian PAS terhadap SIS akan memberi kesan kepada rakyat secara keseluruhannya," katanya.
Jelasnya, pertubuhan bukan kerajaan itu akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pendirian mereka dalam masa terdekat.
No comments:
Post a Comment