Saturday, June 20, 2009

Hati-Hati dengan kata-kata kita !

Inilah wajah dan sikap UMNO. Lihat mereka 'main-main' dan sendakan secara sindiran sinis terhadap PAS dan perjuangan PAS. Berhujah secara hujah bodoh seperti TPM tanpa berfikir dan memikirkan apa yang dikatakan dengan mangiaskan mengundi BN/UMNO juga masuk syurga adalah satu bentuk kebodohan yang sampai kepada jahil murakab.

Kenapa dan mengapa mengundi PAS boleh masuk syurga terletak pada syarat-syarat, yang tidak terletak atas nama parti, jemaah itu sahaja. Kupasan secara ilmiah hendaklah dijadikan sandaran. Mengundi parti bukan sahaja melibatkan bab atas dunia tetapi adalah sebagai kerja-kerja jalan ke akhirat, akhirat-akhirat adalah matlamat manusia disasarkan adalah syurga. Dengan menyenda-yendakan syurga juga adalah satu tindakan sinis menyindir dan memperlekehkan janji ALlah. Siapakah kita yang bercakap sedemikian rupa, bermain-main dengan janji Allah. Sementelah mempermain-mainkan janji Allah. Maka Allah utusankan pewarisnya sebagai galang ganti nabi rasul, kini dipanggil alim ulama. Alim ulama juga mestilah dikenali syarat-syarat alim dan ulamanya manusia itu.

Membandingkan antara dua hizbul satu UMNO dan PAS. Melihat jelas matlamat melalui perlembagaan parti masing-masing yang diikrar dan dibuat secara bertulis dan dilakukan secara amali, sudah boleh mencelikkan orang yang celik dan kenal agama.

Justeru, janganlah dipermain-mainkan dengan mudah undi aku itu boleh masuk syurga. Sanggupkan kita menerima sesksaa ALlah dan azab dalam kuburNya. Jika tidak harap taubat, jika mahu menjadi puak munafik silakan. Inilah peringatan kepada manusia untuk manusia. Baik manusia itu menyokong atau penyokong PAS ataupun UMNO dan BN.

Oleh itu aqidah tidak mengira dan membedakan status atau taraf, samada mu menteri pembesar ke apa sahaja kedudukan. Jika gelincir maka gelincirlah ia. Hati-hati dalam hidup, kita bukan hidup setakat di dunia sahaja, wahai sahabat saudara se Islam .!!!






Undi BN boleh masuk syurga juga

KUALA KRAI 19 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pun Pas, kedua-duanya pun membolehkan umat Islam masuk syurga.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata, perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, hakikatnya kedua-dua parti memperjuangkan agama Islam namun apa yang membezakan BN dan Pas adalah BN mempunyai kekuatan untuk memaju dan menggerakkan negara.

"Keupayaan BN untuk bangunkan negara lebih kuat berbanding keupayaan (Pas) di bawah pimpinan (Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat)," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan khas dengan warga pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok, di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNOo dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein.

Muhyiddin berkata, Pas tidak mempunyai keupayaan untuk membangunkan negara termasuk merancang secara rapi aspek berkenaan.

Justeru katanya, penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai perlu memikirkan secara rasional terhadap kebolehan parti mana yang harus dipilih untuk membaiki taraf kehidupan mereka dan membangunkan kawasannya.

"Saya berpendapat kita perlu fikirkan secara rasional dan fikirkan soal masa depan," katanya.

Menurutnya, BN mampu membangunkan negara dan memacu negara ke arah masa depan yang lebih baik untuk rakyat. - Bernama


No comments: