Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, perlembagaan negara Malaysia merdeka isytiharkan BM sebagai bahasa rasmi. Tetapi bila kita merdeka BM terpaksa diperjuangkan semula, walaupun negara kita dimerdekaan oleh para perjuang terdahulunya.
Kini BM berada dipinggiran, bahasa yang sepatutnya merdeka gagal dimartabatkan dan dijadikan bahasa kebangsaan dengan sebenar-benarnya dengan seyakin serta sesungguh-sungguhnya (kemampuannya). Sejak merdeka soal bahasa atau Bahasa Melayu duduknya belum stabil walaupun dilmaktubkan jelas dalam perlembagaan negara secara terang dan tidak boleh dipertikaikan oleh orang-orang sebelumnya yang mahu membentuk negara ini. Namun dari segi amalan dan perlaksanaanya sering dipertikaikan dan dipermain-mainkan orang sehingga hari ini. Orang yang permain-mainkan itu bukanlah orang lain, tetapi bangsa atau kaum sebahasanya itu juga.
Bilakah bahasa kita mahu dimartabatkan, adakah bahasa kita telah berdaulat. Apakah nasib bahasa kebangsaan dan generasi bangsa itu pada masa depan. Ke manakah bangsa dan negara bangsa Malaysia diacuankan ? Inilah persoalan-persoalan yang berlegar dalam kepala kita. Sesudah negara dibebaskan daripada penjajahan asing selama lebih 400 tahun. Kesinambungan pejuang-pejuang 'kebangsaan' membebaskan negara telaah mereka jayakan tugas pembebesan negara itu. Mereka para pejuang dahulu sudah buktikan mereka mampu jayakan atau ditunaikan agenda memerdekakan negara tanahair sendiri.
Para pejuang tersebut kini telah tiada, maka diwarisikan negara ini kepada anak cucu yang digelarkan sebagai pemimpin negara merdeka. Kini fasa nya masuki pengisian kemerdekaan, kali ini kita dipimpin dan berkepimpinan oleh kaum bangsa sendiri berbanding sebelum merdeka kita dipimpin dan berkepimpinan bangsa asing atau bangsa penjajah. Dahulunya , bangsa penjajah menjajah semahu termasuk memaksa pemerahan ekonomi, politik, budaya dan memaksa bahasanya sekali. Rakyat ingat sudah berakhir dan diakhiri, tetapi kini tidak bahasa penjajah iaitu bahasa inggeris kembali didaulatkan, kali ini bukan oleh Inggeris tetapi oleh bangsa kita sendiri. Inilah kita
Kita mempunyai pemimpin yang sering berdolak dalik dan bersikap bermuka-muka dan sering berubah-ubah kepentingan dan keyakinan mereka. Para pemimpin kita rata-ratanya adalah ibarat 'lalang'. Pemimpin yang berkepentingan yang bercakap dan mengamalkan amalan retorik mereka tidak yakin dengan bahasa bangsa mereka, mereka terbuai dengan bahasa asing terutama bahasa Inggeris yang diagungkan sebagai bahasa kemajuan. Walaupun bahasa itu bukan segala-galanya , mereka tetap berdegil mahukan bahasa asing sebagai bahasa yang diangkat sama.

No comments:
Post a Comment