Seluruh dunia dikejutkan dengan 'tindakan spontan' Barak Obama sewaktu diinterbiu dalam satu program tv. Barak Obama membuat tindakan reaksi spontan minta lalat yang dibunuhnya itu keluar daripada set interbiu beliau. Lebih lagi ada beberapa aksi yang dirasakan oleh pihak media sebagai perlakuan yang tidak layak atau tidak patut dilakukan oleh Presiden AS itu. Cuma kesnya berlaku di salah sebuah set stesen TV di USA yang disiarkan secara langsung,.
Kita teringat juga dalam negara kes yang hampir serupa iaitu kes Nizar Jamaluddin MP Bukit Gantang sewaktu mengangkat sumpah dalam Dewan Rakyat, melakukan aksi persis Barak Obama juga. Tetapi beliau laungkan bubar DUN. dan memakai lilitan hitam dikepalanya. Selepas kes atau perlakuan itu beliau turut dikecam oleh media seluruh negara secara sepakat dengan melabelkan kelakuan tersebut sebagai biadap, angkuh dan mengada-ngada..kata Utusan.Amalkan budaya songsang, tindakan kurang pro.
Tidak cukup dengan itu, keesokkan harinya Stesen TV berbayar di negara kita. Astro Awani membuat sorotan khas atau slot khas bual bicara berbincang 'kes Nizar' dan akhir Nizar dihukum oleh ahli panel terlibat iaitu Ruhanie Ahmad MP Parit Sulong bekas BBC era Dr M. Ulasannya terhadap Nizar sebagai orang yang mengamalkan 'budaya songsang' dan melanggar norma-norma akal budi masyarakat Melayu dan timur. Nizar tidak amalkan tatacara yang ada memanifestasikan hati melalui kaedah yang dilunaskan oleh Dewan. Inikah cerminan masa depan ahli MP di parlimen Malaysia, soalnya ? Kes ini adalah kes di Malaysia dalam Parlimen Malaysia yang mulia itu.
Sementara rakan dalam PKR dalam rancangan yang sama iaitu YB Fauziah Salleh MP Kuantan mewakili rakan pakatan rakyat, turut tidak senang dengan 'perlakuan Nizar tidak langsungnya. Sementara ahli panel akademik yang turut hadir dalam rancangan tersebut juga melahirkan kekagetan yang sama terhadap Nizar.
Justeru, rata-rata ahli panel, media massa, serta rakyat teramai mengecam Nizar atas sikap membawa budaya baru dalam Dewan Rakyat Malaysia yang dianggap mulia. tanpa segan silu speaker Dewan Rakyat terus mengusir dan menghalau beliau serta menjatuhkan hukuman 'gantung' masuk Dewan selama 2 hari.
Inilah gambaran songsang apa yang dilakukan dan diamalkan oleh sebahagian penguasa dan penjawat dalam institusi negara kita, ibarat lalang mengikut tiupan angin. dan terlalu bias sehingga mengelirukan ramai orang dan orang ramai.
Mereka sengaja memberi nilai hitam terhadap tindakan Nizar tersebut. Walhal Nizar sudah melakukan semua cara, kaedah, semua jalan bagi memperjuangkan 'hak'nya dan 'tanggungjawabnya'. hasratnya mahu menjernihkan institusi dan perlembagaan serta undang-undang dalam negara ditafsirkan sebagai manusia yang berjiwa songsang. Inilah gambaran dan rupa sebenar kerajaan yang kita mahu padukan di bawah kerajaan perpaduan.
Apakah kaedahnya kita berkawan dengan orang seperti itu, bagaimana hukum mereka bilamana mereka mempersenda-sendakan hudud, bolehkan dilupakan bahawa PAS bawa hudud PAS negara akan huru hara. Siapa yang mengatakan Nabi tidak bercukur kerana tiada pisau cukur waktu itu, mayat para syuhada tidak dimandikan kerana 'tiada air', terlalu banyak yang mahu dipersalahkan dan mahu dipertanggungjawabkan

1 comment:
nak komen apa lg kalau kiblat sudah bertukar
Post a Comment