Wednesday, June 10, 2009

Isu Perak semakin tenggelam ?

Malapetaka UMNO merampas kerajaan halal Perak daripada tangan Pakatan Rakyat kini nampaknya hampir melabuhkan tirai. Isu Perak yang panas selama 4 ke 5 bulan 'reda' bila media sendiri bertindak 'meredakan' beritanya. Media kini berminat dengan kerajaan perpaduan, agenda yang hampir mati tetapi dikembalikan semaraknya. Yang lemas dan kalut kini adalah PAS sendiri, dan PAS dikatakan bakal menghadapi masalah dalaman yang serius jika tidak ditangani secara baik dan disegerakan.

Hari ini media dalam tahuj kecilnya melaporkan dalam kes Perak, bawah tajuk "kertas penghujahan belum siap, Nizar gagal failkan rayuan." Melihat sekali imbas tajuk berita adalah menggambarkan Nizar sendiri gagal bertindak mengemukkan hujah bagi menfailkan ke Mahkamah Persekutuan.

Sebenarnya, kegagalan itu adalah kerana Nizar menunggu kertas penghujahan Mahkamah Rayuan tempohhari GAGAL menyerahkan penghujahan bertulis kepada pihak Nizar. Ini kerana Nizar perlu 'melawan' hujah itu kembali bagi menguatkan penghujahannya membawa kes berkenaan kepada Mahkamah Persekutuan. Di sinilah jahatnya media, sentiasa merevisi otak pembaca dan menjernihkan kambing hitam nya UMNO sentiasa menjadi Kambing Putih dan bukan kambing hitamlah.


No comments: