Monday, June 01, 2009

Aib : Isu PKFZ dakwa segera perasuah ?

Skandal pecah amanah terbesar abad ini di Malaysia amat memalukan. Sikap kerajaan Malaysia bawah UMNO BN cukup tidak bertanggungjawab. Setiap seorang pemimpin UMNO naik atau PM baru naik maka berjyalah ia mencipta sejarah untuk dirinya dan negara.

Mereka seolah-olah berlumba siapakan antara mereka yang berjaya mencipta sejarah bijak menipu rakyat, cekap dan bertahan lama menutup kelemahan mereka. Inilah kunci kejayaan pimpinan UMNO BN.

Pendedahan laporan Audit Firma yang dilantik bagi mengaudit PKFZ. Walaupun apa niat, tujuan pendedahan kepada umum adalah menjadi satu tanggungjawab kepada diri atau negara kita tidaklah kajikan.

Mungkin pimpinan baru UMNO BN akanberkata dalam hati kecil, aku 'baham' duit rakyat sikit sahaja yang mu dok heboh tu setiap malam dipentas ceramah. Puak-puak sebelum aku baham lagi cukup parah dan lama sangat dah. Oleh itu, alang-alang terbuka pekung baik aku buka kesemua.

nanti untunglah jangan aku sahaj dipersalahkan, negara lingkup bukan kerana aku sahaja, tetapi kerana orang terdahulu juga. Depa yang mulakan dulu, aku cuma ikut sahaja. Inilah antara bisikan pimpinan yang sedia ada ni.

Harapan rakyat, malapetaka kehancuran negara dan negara menuju alam kebangkrapan. Kita minta siasatan terperinci SPRM yang cekap sila jalankan tugas dan amanah dengan cekap dan segera. Kes ini mempunyai fakta cukup kukuh , bukan seperti kes lembu bagi MB Selangor. MB Selangor menyeleweng bagi kat rakyat makan dan rasakan daging lembu, rakyat marah, SPRM kata ia tidak betul. Entahlah kalau pendedahan pincang audit atas PKFZ juga dia kata tiodak betul. Wallaualam bissawab.

'Pembangkang politikkan PKFZ'

Oleh Magendran Rajagopal
magendran@bharian.com.my

Buat spekulasi, putar belit laporan audit untuk raih sokongan: Ong

KUALA LUMPUR: Pemimpin pembangkang ditegur kerana membuat spekulasi melulu berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sebelum membaca keseluruhan laporan juruaudit PricewaterhouseCoopers (PwC).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, menyifatkan cadangan pemimpin pembangkang supaya kerajaan menutup PKFZ bagi mengurangkan kerugian sebagai politik murahan dan cubaan bermain dengan sentimen rakyat bagi meraih sokongan.

“Hanya berapa jam selepas laporan ini didedahkan kepada umum, mereka membuat rumusan mengenainya sedangkan isu ini sepatutnya dikaji perunding kewangan dan pakar pengurusan bagi mencari penyelesaian.

“Apabila Perdana Menteri mengarahkan PKFZ diurus secara telus kita mengambil sikap terbuka bagi mendedahkannya, tetapi saya tiada peranan dalam hal ini kerana ia dipersetujui bersama oleh Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan PwC.

“Saya nasihatkan pembangkang mementingkan rakyat dan jangan bermain politik kotor untuk manfaat peribadi,” kata beliau dalam komen terbaru di laman blognya, www.ongteekeat.net.

Beliau berkata, firma juruaudit seperti PwC tidak mempunyai kuasa menyiasat dan lembaga PKA tidak boleh memberikannya kuasa untuk memeriksa perkara di luar skop kuasa lembaga itu.

Katanya, pembangkang tidak wajar mengkritik PwC atau LPK tanpa mengetahui bidang kuasa mereka.

Beliau juga menyuarakan rasa terkejut terhadap kedangkalan pemikiran pembangkang kerana menganggap unjuran peningkatan hutang sehingga RM12.5 bilion jika tempoh hutang dilanjutkan dianggap sebagai kerugian yang sudah berlaku dan perlu ditanggung kerajaan.

“Laporan PwC menyatakan RM12.5 bilion itu hanya dijangka berlaku jika lanjutan hutang kerana tidak mampu melunaskan ansuran pinjaman antara 2012 hingga 2041 tetapi kos keseluruhan unjuran ini hanya ditentukan pada 2051.

“Dakwaan kos projek ini melambung sehingga menjadi skandal RM12.5 bilion di bawah jagaan saya seperti menimbunkan hutang yang dijangka pada 2051 ke atas saya sekarang atas sebab politik berniat jahat,” katanya.

No comments: