Wednesday, May 20, 2009

Penanti; Kata Tidak tanding, tetapi nampak macam tanding

Dalam UMNo kata mereka tidak bertanding tu, mereka bertindak macam UMNO BN bertanding. Pembaca analisis berita-berita yang dipaparkan di bawah. Jsueteru melihat kerja keras mereka kata itu ini dan begitu begini tentang pilihanraya, memperjelaskan sebab-sebab keenggan mereka bertanding, sudah jadi macam rancak mereka bertanding sahaja kerja mereka. Maka kita lihat lebih baiklah UMNO masuk bertanding.


OLITIK
PUTRAJAYA 19 Mei - Barisan Nasional (BN) mempunyai asas-asas kukuh apabila membuat keputusan tidak bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini.

KOTA KINABALU 19 Mei – Keputusan Barisan Nasional (BN) tidak bertanding dalam pilihan raya kecil di Penanti pada 31 Mei ini bukan kerana takut kalah, tetapi protes terhadap pembangkang yang memperalatkan sistem demokrasi di negara ini.

KUALA LUMPUR 19 Mei - Langkah Barisan Nasional (BN) tidak bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti merupakan satu isyarat kepada rakyat bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyalahgunakan proses demokrasi di negara ini.

KUALA LUMPUR 19 Mei – Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti kerana tidak mahu mengikut rentak permainan politik pembangkang.

PUTRAJAYA 19 Mei - Keputusan tidak bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini tidak menjejaskan imej Barisan Nasional (BN).


PULAU PINANG 19 Mei - Badan Perhubungan UMNO negeri tidak akan mencampuri dan terlibat dalam sebarang urusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Penanti pada 31 Mei ini.

BUKIT MERTAJAM 19 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan mengambil sebarang risiko walaupun Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, 31 Mei ini.

PETALING JAYA 19 Mei - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak berada dalam kedudukan selesa untuk menang pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti walaupun Barisan Nasional (BN) tidak bertanding.

PUTRAJAYA 19 Mei - Semua parti politik di negara ini bersetuju tidak akan lagi menggerakkan jentera kempen pilihan raya masing-masing termasuk meraih undi pada hari pengundian.

BUTTERWORTH 19 Mei - Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mansor Othman menyambut gembira keputusan Mesyuarat Dewan Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

BUKIT MERTAJAM 19 Mei - Seorang ahli perniagaan, Mohd. Saberi Othman menjadi individu kedua yang menawarkan diri sebagai calon Bebas untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini.

PULAU PINANG 19 Mei - Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah (gambar) gembira dengan langkah Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Penanti.

PUTRAJAYA 19 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh disalah tafsir berhubung kemelut politik di Perak.

KOTA KINABALU 19 Mei - Pemuda UMNO akan menganjurkan Program Pendidikan Politik untuk ahli-ahlinya bertujuan memantap dan mengukuh pergerakan tersebut.

IPOH 19 Mei – Barisan Nasional (BN) Perak akan mencetak 50,000 keping video rakaman insiden kekecohan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 7 Mei lalu untuk diedarkan kepada orang ramai supaya dapat menyaksikan kejadian sebenar berlaku pada hari tersebut.

No comments: