Thursday, May 21, 2009

Antara cat hijau dan cat biru ?

http://www.supsrwk.gov.my/images/bangunan%20sultan%20iskandar/sarekei2.JPGTahniahlah Shaziman Abu Mansor, genrasi baru bawah politik baru yang sudah tidak trauma lagi dalam kotak pemikiran UMNO lama yang takutkan warna hijau. Warna seterus bagi UMNO, warna yang membawa pelbagai ketidakselesaan dari menteri sehingga ke JKKK kampung, hatta jika warna hijau dicatkan pada bangunan masjid, maka hasil desakan dan campurtangan menteri dalam kawasan atau parlimen berkenaan, cat hijau bangunan , bumbung, tiang apa sahaja bercata hijau akan bertukar wajah kepada warna cat-cat yang lain.

Kini, hasil kajian dan demi masa depan negara dan dunia cat hijau boleh diterima dan amat dialu-alukan penggunaan malah digalakkan di masa depan.




Bangunan kerajaan akan berciri hijau: Shaziman


KUALA LUMPUR: Bangunan-bangunan kerajaan di masa depan akan direka bentuk bercirikan "bangunan hijau", kata Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Perubahan itu, katanya, selaras usaha mengurangkan kos pengurusan bangunan selain membantu mengurangkan masalah pemanasan global.

Bagi mencapai hasrat itu Jabatan Kerja Raya dan Pertubuhan Arkitek Malaysia disaran menyediakan reka bentuk bangunan yang mudah diselenggara, rendah daripada segi guna tenaga dan murah daripada segi kos pengurusannya.

"Kos pengurusan sesebuah bangunan adalah tinggi, maka pembinaan bangunan bercirikan bangunan hijau akan membantu mengurangkan kos operasinya.

"Contohnya reka bentuk tingkap dan meletakkan di tempat sesuai dengan mengambil kira faktor kemasukan sinaran matahari boleh mengurangkan penggunaan lampu yang banyak," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Green Building Index Malaysia (GBI) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Shaziman berkata, beliau yakin aplikasi ciri bangunan hijau akan memberi kelebihan kepada kerajaan.

Katanya, kerajaan serius dalam usahanya mengekalkan persekitaran hijau dan selesa, sehingga mewujudkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, supaya generasi akan datang dapat menikmati kehidupan bebas pencemaran.

GBI dibangunkan oleh Pertubuhan Akitek Malaysia dan Persatuan Jurutera Perunding Malaysia bagi menggalakkan alam sekitar pembinaan mapan dan meningkatkan kesedaran di kalangan pemaju, arkitek, jurutera, perancang, perekabentuk, kontraktor dan orang ramai mengenai isu-isu alam sekitar.

GBI adalah kaedah penarafan hijau bagi membantu mereka yang terbabit dalam sektor pembinaan dan hartanah supaya lebih mesra alam sekitar.

Penarafan akan disemak semula pada setiap tiga tahun bagi memastikan bangunan diselenggara dengan baik dan beroperasi mengikut kaedah ia direka bentuk. - Bernama




No comments: